POLITEKNIK PORT DICKSON


Lihat gambar

Politeknik Port Dickson telah ditubuhkan pada tahun 1990 dengan keluasan 100 ekar. Ia terletak kira-kira 14 kilometer dari pekan Port Dickson dan lebih kurang 120 km dari Kuala Lumpur. Daerah Si Rusa ini terkenal sebagai kawasan tarikan pelancong kerana keindahan dan kebersihan pantainya lebih kurang 30 km sepanjang persekitaran Selat Melaka.

Baca lanjut >>

Tarikh-tarikh Penting Pendaftaran Pelajar Sesi Julai 2009


Berikut ialah jadual Pendaftaran Pelajar Sesi Julai 2009:

PERKARA TARIKH MASA TEMPAT SURAT
Pendaftaran Kamsis Bagi Pelajar Baru Lulusan SPM
(sekiranya ditawarkan)
06 Julai 2009 (Isnin) 8.00 pg - 12.00 tghr Blok Kamsis A & B  
Pendaftaran Pengajian Bagi Pelajar Baru Lulusan SPM dan Program Foundation 07 Julai 2009 (Selasa) 8.00 pg - 12.00 tghr  
Minggu Suai Kenal (MSK) 07 - 10 Julai 2009      
Pendaftaran Pelajar Lama KSS Sesi Julai 2009 11 Julai 2009 (Sabtu)     Melapor Diri bagi Pelajar Senior KSS Sesi Julai 2009
Pendaftaran Pelajar Lama yang Gagal Modul Semester 1 dan yang akan Mendaftar Semula Modul Semester 1
(termasuk pelajar tamat LI)
14 Julai 2009 (Selasa) 9.00 pagi - 12.30 tghr    
Pendaftaran Pelajar Tamat LI Sesi Jan-Jun 2009 30 Julai 2009 (Khamis)     Tamat Latihan Industri Sesi LI 12 Januari-12 Jun 2009
Pendaftaran Pengajian Baru Pelajar Baru (Bertahap) Lulusan Sijil Politeknik (Integrasi) 03 Ogos 2009 (Isnin) 8.00 pg - 12.00 tghr Dewan Wawasan  
Pendaftaran Pelajar Lama
(kecuali yang akan mendaftar semula modul Semester 1)
03 Ogos 2009 (Isnin) 8.00 pg - 12.00 tghr Dewan Wawasan Melapor Diri Bagi Pelajar Senior Sesi Julai 2009
Pendaftaran Pelajar Tidak Layak LI 03 Ogos 2009 (Isnin)     Tidak Layak Menjalani Latihan Industri Sesi Julai 2009

Semua pelajar yang bakal mendaftar boleh mendapatkan sesalinan Buku Panduan Pendaftaran di sini.

Sebarang urusan mengenai kemasukan pelajar sesi Julai 2009 Politeknik Port Dickson, sila berurusan terus dengan pihak Hal Ehwal Pelajar di talian

>> 06-662 2036 / 2014 / 2011 / 6355 <<

Bagi urusan LI, sila hubungi pihak Unit Perhubungan dan Latihan Industri di talian 06-662 2020 / 8817.

Bagi urusan KSS, sila hubungi pihak Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan di talian 06 - 662 2017.

Semak Keputusan Peperiksaan Sekarang!

Published in

Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah boleh mula menyemak keputusan peperiksaan sesi Januari 2009 anda sekarang!

>> Klik sini <<

Lapor Diri Pelajar Senior KSS Sesi Julai 2009


Tarikh melapor diri pelajar senior Kelas Secara Sambilan (KSS) Sesi Julai 2009 adalah seperti berikut:

Tarikh : 11 JULAI 2009 (SABTU)
Masa : 09.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
Tempat : DEWAN KULIAH 5, KOMPLEKS AKADEMIK, POLITEKNIK PORT DICKSON

Pelajar yang berkenaan perlu berpakaian sopan dan membawa sekali slip keputusan peperiksaan beserta kiriman wang pos yuran pengajian atas nama Pengarah Politeknik Port Dickson pada hari pendaftaran atau selewat-lewatnya seminggu selepas itu.

Sila dapatkan surat lapor diri berikut:

>> Melapor Diri bagi Pelajar Senior Sesi Julai 2009 <<

Anda boleh menyemak keputusan dan mencetak slip peperiksaan di sini.

Seminar ICT JPPKK 2009


Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menganjurkan Seminar ICT JPPKK 2009 peringkat kebangsaan pada 10 hingga 11 Ogos 2009 bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam.

Bertemakan "Melestari ICT, Memperkasa Institut", seminar ini diharapkan dapat:

  • Memantapkan perkongsian pengalaman dan kemahiran peserta dalam mentadbir sumber ICT dan pengurusan maklumat
  • Menggalakkan perkongsian ilmu pengurusan dan penggunaan ICT dalam pendidikan teknikal
  • Mewujudkan jalinan rangkaian kepakaran dalam pengurusan dan penggunaan ICT bagi institusi pendidikan teknikal
  • Meninjau dan meneroka perkembangan teknologi ICT
  • Memperluan ruang sumber perolehan dan kaedah pengurusan sumber ICT sedia ada
  • Mewujudkan kesefahaman dan keseragaman dalam pengurusan sumber ICT di institusi pendidikan teknikal
  • Meningkatkan daya inovatif dan kreativiti dalam pengurusan ICT bagi institusi pendidikan teknikal

Klik sini untuk mendapatkan brosur seminar.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Ahmad Kamal bin Mohd Arish di talian 03-8836522.

Syndicate content