PENDAHULUAN


Politeknik Port Dickson telah ditubuhkan pada tahun 1990 dengan keluasan 100 ekar.  Lokasi penempatannya terletak kira-kira 14 km daripada pekan Port Dickson dan lebih kurang 120 km daripada Kuala Lumpur.  Daerah Si Rusa ini lebih terkenal sebagai kawasan tarikan pelancong kerana keindahan dan kebersihan pantainya lebih kurang 30 km sepanjang persekitaran Selat Melaka.Politeknik Port Dickson adalah merupakan politeknik ke 6 yang dibina di bawah Bahagian Pengurusan Politeknik, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia.  Pembinaannya dibiayai sepenuhnya oleh Bank Dunia dan dapat menempatkan lebih kurang 1200 pelajar sepenuh masa. Walaubagaimanapun untuk memenuhi permintaan pekerjaan yang semakin meningkat terutamanya dalam bidang separa professional dari bidang teknikal, maka politeknik dikehendaki untuk meningkatkan enrolmen kemasukan pelajar seramai 5000 orang menjelang tahun 2005.

Di bawah Rancangan Malaysia ke 7, Politeknik telah diberikan dana berjumlah RM 55 juta untuk menaiktarafkan kemudahan dan bangunannya.  Politeknik ini telah membangun dengan jayanya menjelang penghujung tahun 2005. Setelah 15 tahun penubuhannya, Politeknik Port Dickson telah menjadi salah sebuah institusi  pengajian tinggi yang terkemuka di negara ini.  Bermula hanya dengan pengambilan seramai 120 orang pelajar pada tahun 1990, sekarang telah meningkat kepada 3156 pelajar dalam pelbagai bidang.  Politeknik Port Dickson dengan kerjasama semua staf yang telah berjaya melahirkan 9682 graduan untuk memasuki pelbagai sektor pekerjaan di negara ini.

Terdapat 6 jabatan akademik di Politeknik Port Dickson iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Matematik Sains dan Komputer serta Jabatan Pengajian Am. Buat masa ini terdapat 11 kursus diploma dan 5 kursus sijil yang dijalankan di Politeknik Port Dickson.
 

STAF POLITEKNIK


Pada awal tahun penubuhannya, Politeknik Port Dickson hanya mempunyai seramai 23 orang staf daripada 4 jabatan dan juga unit pentadbiran.  Bilangan itu meningkat sejajar dengan pertambahan pelajar, kelas dan juga kursus yang ditawarkan.  Dalam tahun 2006, bilangan staf telah mencecah kepada hampir 500 orang dan sebahagian besar daripadanya adalah staf akademik.


  ||Direktori Staf||   ||Kalender Akademik||   ||Pertanyaan / Aduan|| ||Galeri||  
 

PENAFIAN:Politeknik Port Dickson (POLIPD) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan
dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.


POLITEKNIK PORT DICKSON, KM. 14 JALAN PANTAI, 71050 SI RUSA, NEGERI SEMBILAN
TEL: 06-6622000 / 06-6622111 FAX: 06-6622026 / 06-6622027

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2007 - POLITEKNIK PORT DICKSON