Politeknik Port Dickson adalah termasuk di dalam Projek Naiktaraf Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia sekitar tahun 2003 dan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Dunia. Projek ini dibahagikan kepada 2 peringkat. Peringkat pertama menelan belanja sebanyak RM8.5 juta, merangkumi bangunan sedia ada dan bangunan baru. Peringkat kedua bernilai RM1.3 juta meliputi kesemua bangunan yang dibina di bawah fasa ke 2 Skim Penaiktarafan Politeknik Port Dickson.
Unit ICT (dahulunya dikenali sebagai BSRK – Bahagian Sistem Rangkaian Kampus) bertanggungjawab menguruskan semua fasiliti ICT di Politeknik Port Dickson. Pihak BSRK bertanggungjawab sepenuhnya terhadap lebih 500 buah komputer dari aspek teknikal dan penyelenggaraan. Setiap makmal dibekalkan dengan perkhidmatan rangkaian di mana kemudahan log in dan data storage disediakan pada child domain. Setiap pengguna makmal diperuntukkan ruang storan sebanyak 3Gb.
Politeknik Port Dickson merupakan antara politeknik pelopor dalam penggunaan PMIS- Polytechnic Management Information System. Sistem yang merangkumi pendaftaran pelajar, pendaftaran modul, keputusan penilaian, latihan industri dan peperiksaan. Politeknik Port Dickson mula menggunakan PMIS ini sejak Julai 2004 sehingga sekarang.
Selain dari itu, BSRK juga menyediakan perkhidmatan wi-fi poliPD kepada warga PPD yang terdiri daripada kakitangan akademik dan bukan akademik di beberapa lokasi sekitar kampus. Perkhidmatan ini juga telah diperluaskan kepada para pelajar sehingga ke asrama pelajar bagi memudahkan capaian internet. Lokasi liputan ialah:
|