You are hereAkademik

Akademik


Printer-friendly versionPDF version

Akademik adalah perkara terpenting dalam sebuah institusi pendidikan. Kecemerlangan para pelajarnya dalam akademik menunjukkan kejayaan institusi tersebut dalam memainkan peranan utamanya.

Politeknik Port Dickson mempunyai 6 buah jabatan akademik yang mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing iaitu:

  1. Jabatan Kejuruteraan Awam
  2. Jabatan Kejuruteraan Elektrik
  3. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  4. Jabatan Pengajian Am
  5. Jabatan Matematik, Sains dan Komputer
  6. Jabatan Perdagangan

Selain jabatan akademik, terdapat juga unit-unit yang diwujudkan untuk menampung keperluan jabatan-jabatan akademik tersebut. Unit-unit itu ialah:

  1. Unit Peperiksaan
  2. Unit Perhubungan dan Latihan Industri

Kerjasama antara jabatan-jabatan dan unit-unit ini memungkinkan Politeknik Port Dickson melahirkan ramai graduan cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah diri.