You are hereAktiviti Kamsis
Aktiviti Kamsis
Pendahuluan
Semua Pelajar kamsis PPD diwajibkan mengikuti aktiviti seperti yang dijadualkan. Pelajar yang ponteng dianggap tidak memberi kerjasama kepada Pihak Pengurusan Kamsis. Semua aktiviti yang dijalankan adalah untuk faedah Penghuni Kamsis PPD.
Objektif Umum
Objektif umum aktiviti kamsis adalah seperti berikut :-
2.1 Mewujudkan suasana atau keadaan selamat, tenteram dan selesa di kamsis dan persekitarannya yang sesuai untuk pembelajaran.
2.2 Memupuk sikap dan semangat mementingkan kebersihan dan keceriaan di kalangan pelajar kamsis.
2.3 Menjalin semangat kerjasama serta membina sifat kepimpinan dan disiplin di kalangan pelajar.
Aktiviti Kamsis
3.1 Kempen Kebersihan dan Keceriaan Kamsis
Program 1 :- Gotong-Royong Perdana Kebersihan & Keceriaan Kamsis PPD
Program 2 :- Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Bilik, Blok & Paras.
3.2 Kempen Keselamatan dan Ketenteraman
Program 1 :- Ceramah Keselamatan Kebakaran Oleh Bomba
Program 2 :- Latihan Kebakaran (Fire Drill)
3.3 Kempen Kesihatan dan Kecerdasan
Program 1 :- Sukan dan Sukaneka Kamsis
Program 2 :- Kembara Lasak dan Latihan Kendiri (Untuk AJK Kamsis)
3.4 Majlis Penghargaan & Penyampaian Hadiah
Ahli Jawatankuasa Kerja Aktiviti
AJK Kamsis secara automatik bertindak sebagai AJK Kerja untuk menjayakan aktiviti di bawah nasihat dan pengawasan waden. Sila rujuk jadual aktiviti yang diedarkan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkait dengan tarikh perlaksanaan sesuatu aktiviti.
