You are hereFormula Kamsis

Formula Kamsis


Printer-friendly versionPDF version

MARKAH POSITIF - MARKAH NEGATIF = MARKAH ANDA

Kriteria Markah Positif

  1. Jarak antara Politeknik dengan Rumah. Jauh markah lebih tinggi
  2. Felda atau Peneroka
  3. Kegiatan dan aktiviti di kamsis & Politeknik
  4. Penjaga merupakan ibu tunggal
  5. Pendapatan Ibu Bapa. Pendapatan tinggi makin kurang markah
  6. Bilangan Tanggungan
  7. Sokongan Warden
  • Nota: Sila kemukakan salinan sijil, kad pengenalan, slip gaji, surat beranak dan surat pengesahan sebagai bukti untuk membolehkan markah diberi.

 

Kriteria Markah Negatif

Melanggar disiplin. Setiap kesalahan ada poin. Antara kesalahan ialah balik lewat ke asrama, tidak memiliki Kad Pengenalan Asrama, tidak mengikuti aktiviti asrama atau blok, tidak mematuhi teguran dan nasihat warden, tidak beri kerjasama kpd pihak pengurusan asrama, pasang radio kuat, hisap rokok, guna peralatan elektrik yang dilarang seperti heater, bilik kotor dan berselerak, tidak mengguna cadar dan sarung bantal dan lain-lain lagi seperti yang terkandung dalam Buku Peraturan Politeknik.

 

Borang Permohonan Asrama akan diproses dan diberikan markah. Nama pelajar disusun mengikut markah yang dikumpulkan. Markah paling tinggi di atas dan seterusnya paling rendah di bawah. 500 pelajar perempuan dan 200 pelajar lelaki yang paling tinggi markah akan diberi keutamaan tinggal di asrama.

Perhatian

Pelajar yang melakukan kesalahan yang serius akan disenaraihitamkan dan tidak ditawar tempat di asrama. Antara kesalahan serius ialah mencerohoh asrama puteri dan sebaliknya, merosakkan harta benda asrama dan politeknik, mencuri, berjudi, merokok dalam bilik, ketagih ganja atau dadah, degil iaitu melakukan kesalahan yang sama berulang kali walaupun sudah diberi nasihat, melakukan maksiat dan sebagainya.