You are hereJabatan Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam


Printer-friendly versionPDF version

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan program penajaan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke:

  • Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan 3 IPT Swasta iaitu Universiti Teknologi Petronas(UTP), Multimedia Universiti (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN); dan
  • Peringkat Diploma di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.

 

Syarat-Syarat Permohonan

Pemohon hendaklah memenuhi syarat umum dan syarat khusus seperti berikut:-

  • Syarat Umum
    • Warganegara Malaysia;
    • Umur tidak melebihi 24 tahun bagi pengajian di IPTA/IPTS pada 1 Julai tahun penawaran; dan
    • Terbuka kepada pelajar tahun pertama (kemasukan semester November/Disember Sesi sebelumnya atau Semester Satu Sesi penawaran) yang telah menerima surat tawaran kemasukan dari mana-mana IPT yang disenaraikan di perenggan 2.1
  • Syarat Khusus
    • pemohon berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu memperolehi sekurang-kurangnya gred 2A dalam 7 mata pelajaran;
    • pemohon berkelulusan Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia / Universiti Islam Antarabangsa atau berkelulusan foundation / Alpha di bawah Institusi Pengajian Tinggi perlu mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.30;
    • pemohon berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) perlu memperolehi sekurang-kurangnya Prinsipal B dalam 4 mata pelajaran;
    • pemohon berkelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) perlu memperolehi sekurang-kurangnya 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan; atau
    • pemohon berkelulusan diploma perlu mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.30.
  • Pemohon yang diterima masuk ke IPT di perenggan 2.1 sama ada di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda perlu memenuhi salah satu kelayakan akademik seperti berikut:
  • Catatan: pemohon yang mendapat tawaran kemasukan ke IPT Awam bagi mengikuti kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat-syarat di perenggan 2.4(a)(iii) dan 2.4(b) di atas.

Calon-Calon Yang Tidak Layak Memohon:

  • pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan;
  • pelajar-pelajar yang telah memasuki Tahun 2 dan ke atas;
  • pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda, diploma lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesuatu Jabatan / agensi;
  • kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan;
  • pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / asasi sains / pra-universiti / alpha / foundation;
  • pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan awam atau swasta dan diluluskan cuti separuh gaji;
  • pelajar yang mengikuti program / kursus jarak jauh / separuh masa; atau
  • pelajar / pegawai yang mengikuti Kursus-kursus Eksekutif.

 

Tajaan Peringkat Diploma di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

Institusi / Kursus Tajaan

  • Tajaan adalah meliputi semua bidang / kursus peringkat Diploma yang ditawarkan di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.

Iklan Dan Permohonan

  • Permohonan tajaan biasiswa bagi pengajian peringkat Diploma di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi akan diiklankan melalui Jabatan Hal-Hal Pelajar di semua Politeknik dan laman web JPA.
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) sahaja dengan melayari http://esila.jpa.gov.my atau setelah iklan disiarkan (pada bulan Julai setiap tahun).
  • Permohonan adalah percuma.

Syarat-Syarat Permohonan

Pemohon hendaklah memenuhi syarat umum dan syarat khusus seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • terbuka kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja;
  • umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai tahun penawaran;
  • telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari Sesi sebelumnya atau pada bulan Julai Sesi penawaran;
  • mendapat sekurang-kurangnya 6C (kepujian) dalam bahasa Melayu; dan
  • memperolehi sekurang-kurangnya 4B dalam 6 mata pelajaran lain.

Calon-Calon Yang Tidak Layak Memohon:

  • pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan;
  • pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil;
  • pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas;
  • pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan;
  • pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma;
  • pelajar yang sedang mengikuti Kursus Jarak Jauh / separuh masa; atau
  • pelajar yang mempunyai Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan / Agensi.

 

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program penajaan biasiswa bagi pengajian dalam negara boleh diperolehi sama ada melalui surat, telefon atau email seperti butiran di bawah:-

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Latihan
Aras 5, Block C1, Komplek C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan - Dalam Negara)

Talian Utama : 03-88853000
Talian Hotline : 03-88853049
Fax: 03-88810745 atau 88892171
e-Mail : lspdn@jpa.gov.my

Untuk maklumat lanjut, silat ke laman web JPA.