You are hereKakitangan

Kakitangan


Printer-friendly versionPDF version

Selain kerja seharian, kakitangan Politeknik Port Dickson yang kini telah mencecah bilangan 400 orang turut ditawarkan keahlian kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk merehatkan diri.

Juga, selari dengan perkembangan teknologi, semakin banyak urusan seharian yang dipermudahkan dengan adanya kemudahan-kemudahan yang disediakan secara online. Antaranya Intranet yang mengandungi pelbagai dokumen yang kerap diperlukan kebanyakan kakitangan di sini.

Dokumen-dokumen itu hanya perlu dimuat turun, diisi jika ia ialah borang dan kadangkala turut boleh terus dihantar kepada yang berkenaan menggunakan perkhidmatan emel yang turut disediakan oleh Unit ICT Politeknik Port Dickson. Emel ini boleh diakses dari luar menggunakan capaian mel web ini.

Dewan Kuliah 4 Politeknik Port Dickson juga telah boleh ditempah menggunakan borang online. Kini, segala-galanya berada di hujung jari!