You are hereKamsis

Kamsis


Printer-friendly versionPDF version

Politeknik Port Dickson (PPD) menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar-pelajar yang belajar di sini. Antara kemudahan yang disediakan ialah kemudahan penginapan di kamsis PPD. Kamsis PPD tidak dapat menampung keseluruhan pelajar Politeknik Port Dickson yang berjumlah lebih 3,000 orang. Kamsis PPD hanya mempunyai kapasiti untuk menampung seramai 1,580 jumlah pelajar sahaja. Sejumlah 692 tempat untuk pelajar Siswa (7 blok) dan 888 tempat untuk pelajar Siswi (9 blok). Sebahagian yang lain terpaksalah menyewa di sekitar kampus.

Perlu diingat bahawa mendiami kamsis bukan merupakan hak mana-mana individu. Pihak berkuasa PPD berhak menawar atau tidak menawarkan kemudahan penginapan di kamsis kepada mana-mana pelajar. Pelajar yang jauh dan yang berdisiplin dan memberi kerjasama kepada pihak pengurusan kamsis akan diberi keutamaan untuk tinggal di kamsis.

 


Ucapan Pengetua Kamsis

Aktiviti

Formula Kamsis

Direktori Felo & Penyelia

Peranan Felo Kamsis