You are hereKementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Latar Belakang
Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini adalah merupakan salah satu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kewangan 1957. Pelaksanaan tabung ini di Kementerian pengajian Tinggi adalah berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia setelah Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan. TPP mula ditawarkan bermula Julai 2005.
Golongan Sasaran
Pelajar-pelajar peringkat sijil di Politeknik dan peringkat sijil/diploma di Kolej Komuniti.
Syarat-Syarat Permohonan Baru
- Pembiayaan pinjaman pelajaran ini adalah khusus kepada kursus jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan tempoh pengajian sekurang-kurangnya empat semester atau dua tahun (sijil) atau sekurang-kurangnya 3 semester (diploma);
- Pelajar yang layak dipertimbangkan pinjaman hanyalah mereka yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
- Bagi pelajar-pelajar sedia ada, mereka hanya layak dipertimbangkan untuk pembiayaan mulai semester ketika permohonan dibuat dan tidak boleh dikebelakangkan;
- Tidak pernah ditawarkan atau dibuat tuntutan di bawah pinjaman pelajaran yang sama atau bantuan kewangan pelajar kolej komuniti.
Cara Permohonan
- Pelajar baru – Permohonan secara online bersama-sama modul permohonan kemasukan secara online ke Politeknik/Kolej Komuniti.
- Pelajar sedia ada:
- Pelajar politeknik boleh memohon melalui laman web Sektor Pengurusan Politeknik di www.politeknik.edu.my.
- Pelajar kolej komuniti boleh memohon melalui pegawai biasiswa di kolej komuniti masing-masing.
Pembiayaan
- Bilangan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada jumlah peruntukan yang diluluskan;
- Kadar pinjaman maksimum yang ditawarkan pula adalah RM 6,000.00 sepanjang pengajian (4 semester peringkat sijil) atau RM4,500.00 (3 semester peringkat diploma kolej komuniti). Jumlah sebenar tawaran pinjaman tertakluk kepada jumlah semester semasa permohonan dibuat;
Perjanjian
- Pelajar dikehendaki menandatangi tiga (3) salinan perjanjian pinjaman serta lain-lain dokumen sokongan dengan mengemukakan seorang penjamin.
- Bayaran balik jumlah pinjaman (tanpa caj perkhidmatan) adalah berkuatkuasa selepas enam bulan pelajar menamatkan pengajiannya atau setelah mendapat pekerjaan yang mana terdahulu.
Bayaran
- Bayaran hanya akan dibuat setelah pemohon mengemukakan dokumen perjanjian lengkap yang terdiri dari :
- Tiga (3) salinan borang perjanjian yang telah dimatikan setem setiap satu;
- Satu (1) salinan borang kedudukan kewangan penjamin;
- Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon;
- Satu (1) salinan kad pengenalan penjamin.
- Bayaran akan dibuat terus ke akaun simpanan BIMB pemohon. Akaun ini akan dibuka oleh Kementerian (secara bulk opening) dan kad ATM akan diedarkan kepada pelajar di Politeknik/Kolej Komuniti (sila berurusan dengan pegawai biasiswa masing-masing).
Permohonan Pertukaran Kursus/Pusat Pengajian
- Pelajar yang bertukar kursus/pusat pengajian yang baru hendaklah mengisi surat permohonan pertukaran kursus/pusat pengajian dengan menyertakan surat tawaran pengajian yang baru ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi.
- Surat pertukaran ini adalah bagi membolehkan bayaran seterusnya dapat dibuat kepada pelajar. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan bayaran berikutnya tidak dapat dibuat. Untuk muat turun borang permohonan pertukaran kursus/pusat pengajian, sila klik di sini.
Tanggungjawab pusat pengajian
- Memaklumkan status pengajian pelajar tamat pengajian pada setiap semester
Tanggungjawab Pelajar
- Dalam tempoh pengajian, pelajar bertanggungjawab memaklumkan kepada Bahagian Biasiswa jika terdapat sebarang perubahan alamat termasuk alamat penjamin, nombor telefon (rumah dan pejabat) beserta e-mail (jika ada) untuk memudahkan perhubungan apabila diperlukan. Untuk muat turun borang kemaskini maklumat pelajar/penjamin, sila klik di sini.
- Selepas tamat pengajian, surat tuntutan bayaran balik pinjaman akan dikeluarkan dalam tempoh enam (6) bulan selepas pelajar tamat pengajian dengan jayanya. Pelajar dinasihatkan menghubungi Bahagian Biasiswa dengan segera sekiranya tidak menerima sebarang surat tuntutan bayaran balik selepas tempoh enam (6) bulan tamat pengajian. Untuk muat turun borang kemaskini tamat pengajian, sila klik di sini.
Makluman Pelajar Hilang Upaya Kekal Atau Meninggal Dunia
- Dalam tempoh pengajian, pelajar yang hilang upaya kekal yang tidak memungkin bekerja atau meninggal dunia, makluman mengenai perkara ini hendaklah dilaporkan dalam tempoh 14 hari selepas berlaku kejadian.
- Makluman perlu dibuat dengan dengan mengemukakan salinan kad pengenalan dan laporan perubatan/surat kematian yang disahkan
PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI :
| NAMA | NO TELEFON | EMEL |
|---|---|---|
| EN. WAN AHMAD HILMAN BIN WAN ADAM Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) |
03-8884 4606 | hilman@mohe.gov.my |
| CIK SANISAH BINTI SARNUJI Penolong Setiausaha (PSU) |
03-8884 4633 | annys@mohe.gov.my |
| CIK EZZAWIN FAZIERA BT. ABDUL RAZAK PPT(B)P |
03-8884 4697 | ezzawin@mohe.gov.my |
| PUAN WAN SALMI RUSANA BT. WAN SEMAN | 03-8884 4659 | wansalmi@mohe.gov.my |
| PUAN ISHARINI BT. ABD WAHAB | 03-8884 4660 | eisya@mohe.gov.my |
| CIK NURUL HANINAH BT SALLEH | 03-8884 4662 | ieyna@mohe.gov.my |
| CIK YUSNITA BT. KAMARUDDIN | 03-8884 4661 | yusnita@mohe.gov.my |
| EN. NOR MUHAMMAD JAMIL B. ISMAIL | 03-8884 4804 | nmj@mohe.gov.my |
| EN. MUHAMMAD B. MOHD YUSOF | 03-8884 4626 | - |
