You are hereKitar Semula!

Kitar Semula!


By webmaster - Posted on 05 March 2010

Printer-friendly versionPDF version

Sukacita dimaklumkan bahawa satu program kesedaran kitar semula akan diadakan di Politeknik Port Dickson oleh para pelajar semester 6 Diploma Kejuruteraan Awam bagi memenuhi keperluan kursus Projek Semester Akhir.

Oleh itu, diharapkan semua warga politeknik dapat memberi kerjasama dalam program ini hanya dengan Kitar SemulaKitar Semulacara membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang disediakan.

Tong kitar semula PRP (Polyneum Recycle Bin) yang akan digunakan adalah hasil rekabentuk dari para pelajar sendiri dengan cara mengitar semula bahan buangan iaitu lebihan Polycarbonat yang tidak digunakan.

Sesiapa yang mempunyai bahan buangan yang boleh dikitar semula terutamanya kertas dan plastik bolehlah menggunakan tong-tong PRM yang disediakan ini.

Diharap tong-tong ini tidak disalahgunakan dengan membuang sisa domestik ke dalamnya.

Kerjasama dari semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Lokasi-lokasi PRB (Polyneum Recycle Bin)

Bagi peringkat awal program ini, PRB (Polyneum Recycle Bin) akan diletakkan di lokasi-lokasi berikut:

  1. Jabatan Kejuruteraan Awam
  2. Jabatan Kejuruteraan Elektrik
  3. Jabatan Perdagangan
  4. Asrama perempuan

 

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi Puan Nurhuda bt Ismail di emel nurhuda @ polipd.edu.my