You are herePelajar Lulusan SPM - Kursus Sijil / Diploma
Pelajar Lulusan SPM - Kursus Sijil / Diploma
(a) Yuran Pengajian / semester RM 200.00
(b) Yuran Kamsis / semester RM 60.00
Bayaran yuran pengajian dan kamsis mesti dibuat berasingan.
Bayaran adalah secara ‘on-line’ yang boleh dibuat pada mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan menggunakan slip pembayaran yang dibekalkan oleh Politeknik:
POLITEKNIK PORT DICKSON
(No Akaun : 0510029000418235)
Peringatan: Bawa salinan slip sebagai bukti pembayaran telah pun dibuat.
(c) Bayaran Pendaftaran RM462.00
Bayaran Pendaftaran merangkumi bayaran untuk program Minggu Suaikenal, Barangan Minggu Suaikenal, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Majlis Sukan Politeknik, Kertas Peperiksaan, Peraturan Am Politeknik KPTM, Kokurikulum/PoliBriged/Sukan, aktiviti Kamsis dan saham Ahli Koperasi Politeknik Port Dickson.
Bayaran adalah secara ‘on-line’ yang boleh dibuat pada mana-mana cawangan Maybank dengan menggunakan slip Simpanan/Deposit yang boleh didapati dari maybank yang dimasukkan ke dalam akaun seperti berikut :
KOPERASI POLITEKNIK PORT DICKSON BERHAD
(No. Akaun : 505046118199)
Peringatan : Bawa salinan slip sebagai bukti pembayaran telah pun dibuat.
(d) Perlindungan Insurans RM15.00 setahun
(Dibayar secara tunai semasa pendaftaran)
Kursus Sijil (2 tahun) RM30.00
Kursus Diploma Sains Kesetiausahaan (2 tahun) RM30.00
Kursus Diploma (3 tahun) RM45.00
