You are herePinjaman / Biasiswa

Pinjaman / Biasiswa


Printer-friendly versionPDF version

Bagi memudahkan urusan yang berkaitan dengan biasiswa/pinjaman pendidikan, pelajar diminta menyediakan keperluan-keperluan berikut:

 

Pelajar Diploma dan Diploma Lulusan Sijil Politeknik (Integrasi)

  1. Membuka Akaun Bank Islam
  2. Membuka Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) di PTPTN sendiri atau di mana-mana cawangan Bank Islam, Bank Simpanan Nasional dan Bank Bumiputera Commerce (CIMB)
  3. Menyediakan 1 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:
    • kad pengenalan pelajar
    • kad pengenalan ibu bapa
    • surat tawaran kemasukan ke politeknik
    • slip/sijil keputusan peperiksaan SPM
    • sijil politeknik atau transkrip & sijil keputusan pepriksaan SPM bagi pelajar lulusan politeknik
    • penyata pendapatan @ slip gaji ibu/bapa/penjaga terkini
    • sijil kematian ibu/bapa atau surat sumpah (jika ibu/bapa tidak dapat dikesan) sekiranya berkaitan sahaja.
    • maklumat akaun Bank Islam yang mana mengandungi nama, nombor akaun serta no kad pengenalan pelajar.
    • bukti pembukaan akaun SSPN

Pelajar peringkat diploma layak memohon bantuan kewangan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Yayasan Negeri dan penaja-penaja lain.

Nota: Bagi pinjaman PTPTN, pelajar semester 2 dan ke atas perlu mendapatkan surat pengesahan sebagai pelajar politeknik dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

 

Pelajar Sijil

  1. Menyediakan 1 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:
    • kad pengenalan
    • kad pengenalan ibu dan bapa

Kesemua dokumen yang dinyatakan di atas HENDAKLAH DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A @ Penghulu yang dilantik oleh kerajaan.

Pelajar peringkat sijil layak memohon bantuan kewangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Yayasan Negeri dan penaja-penaja lain.