You are hereSyarat Kemasukan
Syarat Kemasukan
Lulusan SPM
Bidang Kejuruteraan
Sijil
- Warganegara Malaysia
- Lulus SIJIL PELAJARAN MALAYSIA atau setaraf serta memenuhi syarat minimum berikut:
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Matematik atau Matematik Tambahan
- Kepujian mana-mana SATU (1) mata pelajaran kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional atau Matematik atau Matematik Tambahan
Nota: Bagi pemohon yang memiliki Sijil SKM Tahap 2 dalam bidang yang berkaitan serta mempunyai pengalaman kerja satu (1) tahun, boleh menggantikan mana-mana satu daripada matapelajaran yang tidak mempunyai kepujian di peringkat SPM.
Diploma
- Warganegara Malaysia.
- Lulus SIJIL PELAJARAN MALAYSIA atau setaraf serta memenuhi syarat minimum berikut :
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Bahasa Inggeris
- Lulus Matematik atau Matematik Tambahan
- Mendapat LIMA (5) Kepujian termasuk :
- Mana-mana SATU (1) mata pelajaran kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional.
- Mana-mana EMPAT (4) mata pelajaran lain yang belum diambil kira kepujiannya.
Bidang Perdagangan
Sijil
- Warganegara Malaysia
- Lulus SIJIL PELAJARAN MALAYSIA atau setaraf serta memenuhi syarat minimum berikut:
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Matematik atau Matematik Tambahan
- Kepujian mana-mana SATU (1) mata pelajaran kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional/Sastera Ikhtisas atau Matematik atau Matematik Tambahan
Nota: Bagi pemohon yang memiliki Sijil SKM Tahap 2 dalam bidang yang berkaitan serta mempunyai pengalaman kerja satu (1) tahun, boleh menggantikan mana-mana satu daripada matapelajaran yang tidak mempunyai kepujian di peringkat SPM.
Diploma
- Warganegara Malaysia.
- Lulus SIJIL PELAJARAN MALAYSIA atau setaraf serta memenuhi syarat minimum berikut :
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Bahasa Inggeris
- Lulus Matematik atau Matematik Tambahan
- Mendapat LIMA (5) Kepujian termasuk :
- Mana-mana LIMA (5) mata pelajaran lain yang belum diambil kira kepujiannya.
Lulusan Sijil Luar Negara Setara SPM
- Warganegara Malaysia
- Lulus SIJIL LUAR NEGARA YANG SETARA DENGAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA serta memenuhi syarat minimum berikut:
- Lulus Matematik.
- Lulus Sains / Biologi / Kimia / Fizik / Perdagangan.
- Pelajar mesti lulus Bahasa Melayu peringkat SPM sebelum atau semasa pengajian di Politeknik untuk layak dianugerahkan sijil atau diploma.
Lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Warganegara Malaysia
- Lulus SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 2 dalam bidang yang berkaitan serta memenuhi syarat minimum berikut:
- Lulus Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia peringkat SPM.
- Lulus Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM.
- Lulus SATU (1) mata pelajaran kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional di peringkat SPM.
- Pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun dalam bidang berkaitan.
Lulusan Sijil Politeknik KPT
- Warganegara Malaysia.
- Lulus SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA yang berkaitan dengan program yang dipohon serta memenuhi syarat minimum berikut:
- Memperolehi Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) 2.50 atau lebih pada semester akhir, dan
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas tamat pengajian.
- ATAU
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun jika HPNM kurang daripada 2.50.
Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
- Warganegara Malaysia.
- Lulus SIJIL KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA yang berkaitan dengan program yang dipohon serta memenuhi syarat minimum berikut:
- Memperolehi Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) 2.90 atau lebih pada semester akhir dan mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas tamat pengajian.
- ATAU
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya dua (2) tahun jika HPNM kurang dari 2.90.
- Memperolehi Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) 2.90 atau lebih pada semester akhir dan mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas tamat pengajian.
Bagi Pelajar Berkeperluan Khas (Masalah Pendengaran)
- Warganegara Malaysia.
- Calon yang memohon program khas ini mestilah menamatkan persekolahan Tingkatan Lima (5) di Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
