You are hereTiga Politeknik Diumum Politeknik Premier
Tiga Politeknik Diumum Politeknik Premier
Teka teki politeknik manakah yang dinaiktaraf ke politeknik premier akhirnya berakhir apabila Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Johor Bahru (PJB) diumumkan sebagai Politeknik Premier.
Pengumuman telah dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Dato Haji Imran bin Idris sempena Majlis Pelancaran Transformasi Politeknik yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin.
Turut Hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dua Timbalan Menteri KPT dan KSU.
Sumber: http://www.politeknik.edu.my/


