You are hereYayasan Negeri
Yayasan Negeri
Yayasan Negeri Sembilan
Permohonan adalah dipelawa daripada anak-anak Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi berikut untuk dipertimbangkan tajaan pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bagi mengikuti kursus peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma, Sijil dan Sijil Kemahiran.
- Semua Universiti Tempatan (IPTA)
- Semua Politeknik Tempatan
- Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Tawaran adalah terbuka kepada calon-calon anak Negeri Sembilan
- Salah seorang daripada ibu/bapa kelahiran Negeri Sembilan
-
-
- Atau
-
-
- Salah seorang daripada ibu/bapa telah menetap tidak kurang dari lapan (8) tahun berterusan di Negeri Sembilan. (Surat pengesahan daripada Ketua Jabatan / Ketua Kampung / Penghulu / JKKK / Wakil Rakyat kawasan berkenaan hendaklah dilampirkan)
- Salah seorang daripada ibu/bapa kelahiran Negeri Sembilan
- Pendapatan keluarga tidak melebihi RM6,000.00 atau RM8,000.00 dengan minima 2 orang tanggungan yang menuntut di IPTA.
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Negeri Sembilan dengan cara datang sendiri atau melalui pos dengan menghantar sampul surat berukuran 23cm x 10cm, bersetem 50 sen dan beralamat sendiri atau dengan muat turun borang permohonan dari laman web rasmi Yayasan Negeri Sembilan.
PENTING
Borang permohonan hanya akan diberi kepada pemohon yang telah ditawarkan tempat masuk ke pusat pengajian tinggi dengan mengemukakan salinan surat tawaran yang telah disahkan.
PERINGATAN
- Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan diproses.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap bahawa permohonan tersebut tidak berjaya.
- Permohonan yang berjaya dipanggil temuduga tetapi tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan berikutnya, hendaklah menganggap bahawa keputusan temuduga tersebut tidak berjaya dan akan diberitahu.
Permohonan dibuka selama 3 bulan iaitu dari Disember hingga Februari dan Jun hingga Ogos setiap tahun.
Untuk muat turun Borang Permohonan Pinjaman Pendidikan, sila klik di sini. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi:
BAHAGIAN PENDIDIKAN
YAYASAN NEGERI SEMBILAN
Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan
70000 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 06-762 8046 (6 talian) | Faks : 06-763 1420
atau e-mel ke pendidikan@yns.gov.my
Untuk Yayasan Negeri lain, sila rujuk capaian-capaian di bawah mengikut negeri masing-masing:
