Majlis Konvokesyen ke - 26 Politeknik Port Dickson
PANDUAN
TARIKH
SIDANG

Muat Turun Maklumat dan Panduan Konvokesyen di sini

17 & 18 Mei 2017
(Rabu & Khamis)
Dewan Wawasan
Politeknik Port Dickson

17 Mei
Sidang 1 : 8.00 pg
Sidang 2 : 2.00 ptg

18 Mei
Sidang 3 : 8.00 pg
Sidang 4 : 2.00 ptg

TAHNIAH!!

Politeknik Port Dickson dengan sukacitanya mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda dalam menamatkan pengajian
dan seterusnya menjemput anda untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen Politeknik Port Dickson Ke - 26
pada 17 & 18 Mei 2017.

Sila semak senarai graduan di sini.

 

SIDANG ISTIADAT KONVOKESYEN KE - 26
SIDANG 1 SIDANG 2
Tarikh : 17 Mei 2017 (Rabu) Tarikh : 17 Mei 2017 (Rabu)
Masa : 8.00 Pagi Masa : 2.00 Petang
Jabatan : Jabatan Perdagangan Jabatan : Jabatan Kejuruteraan Awam
SIDANG 3 SIDANG 4
Tarikh : 18 Mei 2017 (Khamis) Tarikh : 18 Mei 2017 (Khamis)
Masa : 8.00 Pagi Masa : 2.00 Petang
Jabatan : Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Jabatan : Jabatan Kejuruteraan Elektrik
PAS MASUK ISTIADAT KONVOKESYEN
Hanya SATU (1) keping pas masuk ke dewan diberikan untuk kebenaran masuk bagi SATU (1) orang dewasa (ibu / bapa atau penjaga).

Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk. Walau bagaimanapun, pihak PPD menyediakan ruangan untuk ahli keluarga menonton siaran secara langsung di luar dewan.

Ibu bapa atau tetamu diminta supaya mengambil tempat duduk masing-masing sebelum jam 7.30 pagi ATAU 1.30 tengah hari pada hari Istiadat Konvokesyen.

Pas masuk dewan mesti dibawa dan ditunjukkan kepada petugas. Pihak PPD memohon maaf sekiranya terdapat ibu, bapa atau penjaga yang tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan kerana tempat adalah terhad.

Pas Masuk Istiadat Konvokesyen akan diberi kepada graduan semasa Hari Pendaftaran untuk taklimat dan raptai.

ETIKA ISTIADAT KONVOKESYEN
Tetamu perlu berpakaian kemas dan sopan bersesuaian dengan majlis rasmi.
Lelaki - (batik / kemeja) berlengan panjang. Perempuan - kebangsaan / sopan dan tidak jarang.
Tetamu diingatkan supaya tidak membawa masuk makanan, minuman atau barangan persendirian yang boleh mengganggu perjalanan Istiadat Konvokesyen.
Sila matikan atau tukar kepada mod senyap (silent mode) sekiranya membawa masuk alatan elektronik seperti telefon bimbit, tablet dan lain-lain.
Mohon kerjasama agar tidak meninggalkan dewan semasa Istiadat Konvokesyen sedang berlangsung.
Tetamu dilarang mengambil gambar di dalam atau di luar dewan bagi memastikan kelancaran majlis.