Selamat Datang ke Sistem e-PortalPPD
Pendaftaran Konvokesyen
Majlis Konvokesyen Kali ke 23

 
SEMUA GRADUAN POLITEKNIK PORT DICKSON
Pendaftaran Konvokesyen bagi graduan Sesi Jan2013 dan Sesi Jan2013 hanya akan dijalankan secara online. Sistem akan dibuka mulai 11 Februari 2014 hingga 31 Mac 2014. Carta alir e-konvo
Sebelum membuat pendaftaran konvokesyen anda diwajibkan untuk mendaftar dan mengisi maklumat alumni di URL http://ppdalumni.ning.com . Pendaftaran alumni akan dibuka mulai 10 Februari - 11 Mac 2014. Sila rujuk panduan (klik sini).
Sila kemaskini maklumat kerjaya di Sistem eGraduan PPD - 1L5G . (Rujuk manual di sini)
Anda juga diwajibkan untuk mengisi Sistem online Kajian Pengesahan Graduan 2014 di URL http://graduat.moe.gov.my. Graduan dikehendaki mencetak Slip Sistem Kajian Pengesanan Graduan untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah konvokesyen di PPD. Syarat ini juga digunapakai semasa graduan hendak mengambil skrol Sijil/Diploma (bagi yang tidak hadir konvokesyen).
Sila pastikan Jumlah Bayaran di bawah dijelaskan sebelum melakukan pendaftaran melalui sistem ini.
Sila muat turun dokumen berikut

i) Surat Jemputan Konvokesyen

ii) Panduan Konvokesyen

iii) Manual e-konvo

GRADUAN YANG INGIN HADIR KE MAJLIS KONVOKESYEN
Sila pastikan arahan di atas telah dilakukan

Pastikan bayaran telah dijelaskan seperti di bawah:  

BIL
JENIS BAYARAN
JUMLAH BAYARAN
1

Pendaftaran Konvokesyen RM162.00

RM212.00
2

Yuran Alumni RM50.00

Bayaran hendaklah di buat di cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
BAYARAN KEPADA KOPERASI POLITEKNIK PORT DICKSON
No. Akaun : 05-049-01-001500-2

 
GRADUAN YANG TIDAK HADIR KE MAJLIS KONVOKESYEN
Sila pastikan makluman di atas telah dilakukan

Bagi bakal graduan yang TIDAK HADIR, anda mempunyai 2 pilihan:

 
a)

Tidak Hadir dan memohon pihak Politeknik menghantar melalui pos Sijil / Diploma anda. Bayaran adalah seperti berikut:  

BIL
JENIS BAYARAN
JUMLAH BAYARAN
1
Sijil / Diploma RM42.00
RM92.00
2
Yuran Alumni RM50.00
Bayaran hendaklah di buat di cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
BAYARAN KEPADA KOPERASI POLITEKNIK PORT DICKSON
No. Akaun : 05-049-01-001500-2
 
b)

Tidak Hadir dan akan mengambil sendiri Sijil / Diploma anda. Bayaran adalah seperti berikut:

BIL
JENIS BAYARAN
JUMLAH BAYARAN
1
Sijil / Diploma RM32.00
RM82.00
2
Yuran Alumni RM50.00
Bayaran hendaklah di buat di cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
BAYARAN KEPADA KOPERASI POLITEKNIK PORT DICKSON
No. Akaun : 05-049-01-001500-2
MAKLUMAN
Pembayaran yuran melalui Bank Islam akan dikemaskini ke dalam server selepas 24 jam (1hari). Sekiranya anda telah membuat pembayaran pada Isnin, maka maklumat pembayaran akan dikemaskini pada pagi Selasa. Anda boleh membuat proses pendaftaran online pada hari Selasa.



Sila Masukkan No KP Anda (cth : 711112015555)
Pendaftaran Online 11 Februari 2014 hingga 31 Mac 2014
Sebarang masalah berkaitan e-konvo, boleh emailkan kepada unit_ICT@polipd.edu.my. Sila nyatakan maklumat yang lengkap seperti nama, no. kad pengenalan dan masalah yang di hadapi. Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan pembayaran, sila emailkan sekali slip pembayaran anda. Harap maklum.

Untuk Sebarang Pertanyaan. Sila Hubungi
HELPDESK LINE (DIRECT LINE)
PERTANYAAN STATUS KONVOKESYEN: 06 - 662 2037 / 2039 (UNIT PEPERIKSAAN)
MASALAH SISTEM ONLINE (E-DAFTAR) : 06 - 662 1585 / 2081(ICT)

[ Halaman Utama ]