SESI DISEMBER 2012

PERHATIAN
Pastikan anda telah melakukan perkara-perkara berikut sebelum melayari laman web ini.
Menyemak keputusan penawaran pengajian melalui laman web www.politeknik.edu.my.
Mencetak Borang Jawapan Tawaran (BJT) dan surat tawaran pengajian.
Menghantar Borang Jawapan Tawaran, Surat Tawaran dan dokumen sokongan lain (yang telah disahkan) ke Politeknik Port Dickson dengan segera.

INFO PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
Rujuk Manual Pendaftaran Online Pelajar Baru
Kepada pelajar baru sesi JUN 2012 yang terlibat dengan PLKN & SUKMA, sila baca arahan pendaftaran dengan teliti. Klik di sini untuk arahan pendaftaran.
Setiap calon pelajar dikehendaki melalui proses berikut:-.
 
a) Menyemak Status Tawaran Asrama di laman web: www.polipd.edu.my/eportalppd/
mulai 13 Jun 2012 jam 10.00 pagi.
(Jika ditawarkan asrama, cetak Nota Tawaran Asrama)
 
b) Mencetak Maklumat Pendaftaran Pelajar Baru:-
  i) Panduan Pendaftaran (termasuk Maklumat Bayaran)
  ii) Borang-borang Pendaftaran (BHEP 1-6)(termasuk Aku Janji Pelajar)
  iii) Borang Asrama (KS 02 dan KS 04)(jika ditawarkan asrama sahaja)
 
c) Membuat pembayaran yuran pengajian, yuran asrama (jika ditawarkan asrama)
dan bayaran pendaftaran di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia.
(Rujuk Maklumat Bayaran dalam Panduan Pendaftaran Pelajar Baru)
 
d)
Membuat Pendaftaran Online menggunakan sistem e-PortalPPD di laman web :
www.polipd.edu.my/eportalppd.(Rujuk Manual Pendaftaran Online)
Pendaftaran Online dibuka mulai 13 Jun 2012 hingga 8 Ogos 2012 .
Jika mana-mana bayaran di atas tidak dijelaskan, calon tidak akan dibenarkan mendaftar.
Pembayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM) atau Arahan Pindahan Bayaran melalui Automatic Teller Machine (ATM) dan pembayaran melalui 'internet banking' TIDAK DIBENARKAN.
Calon dikehendaki mencetak Slip Pendaftaran Online (e-PortalPPD) sebanyak 3 salinan dan perlu dibawa pada hari pendaftaran :-
  • 1 salinan untuk kegunaan Kaunter ICT.
  • 1 salinan untuk kegunaan Pejabat Asrama (jika ditawarkan asrama).
  • 1 salinan untuk kegunaan Pelajar.
Jika anda tidak mendaftar pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, TAWARAN INI DIANGGAP TERBATAL.

MAKLUMAN
Pembayaran yuran melalui Bank Islam akan dikemaskini ke dalam server selepas 24 jam (1hari). Sekiranya anda telah membuat pembayaran pada 13 Jun 2012 (Rabu), maka maklumat pembayaran akan dikemaskini pada Rabu malam. Anda boleh membuat proses pendaftaran online pada hari Khamis.



Pendaftaran Online 13 Jun 2012 hingga 18 September 2012

Untuk Sebarang Pertanyaan. Sila Hubungi
HELPDESK LINE (DIRECT LINE)
PERTANYAAN PENDAFTARAN : 06 - 662 2036 / 2014 / 2011 (JABATAN HAL EHWAL PELAJAR)
MASALAH SISTEM ONLINE (E-DAFTAR) : 06 - 662 1585 (UNIT ICT)

[ Halaman Utama ]