You are hereSoalan Lazim
Soalan Lazim
Kemasukan (16)
Mengenai kemasukan ke Politeknik / Politeknik Port Dickson.
Permohonan hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (online) dengan melayari laman http://www.politeknik.edu.my/eborangpoli/logineborang.aspx
Pemohon yang sukar mendapatkan kemudahan internet boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar di talian 06-622 2036.
Pemohon diminta membeli nombor PIN untuk mengakses e-Borang, di mana-mana Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja).
Terdapat 12 Program di peringkat diploma dalam pelbagai bidang yang ditawarkan oleh Politeknik Port Dickson.
Mulai Sesi Jun 2010, Politeknik Port Dickson dan politeknik-politeknik seluruh Malaysia tidak lagi menawarkan program di peringkat sijil.
Syarat kemasukan ke politeknik bergantung kepada kursus dan peringkat pengajian. Secara umumnya, calon mestilah warganegara Malaysia dan lulus SPM. Bagi kursus peringkat diploma, calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk matapelajaran matematik/matematik tambahan manakala bagi peringkat sijil, calon mestilah kepujian samada matematik/matematik tambahan atau matepelajaran sains/teknikal/vokasional/sastera ikhtisas.
Maklumat secara terperinci berkenaan syarat kemasukan boleh diperolehi di www.politeknik.edu.my.
Calon yang rabun warna layak memohon mana-mana program di Politeknik Port Dickson kecuali:
- Diploma Kejuruteraan Mekatronik
- Program-program Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik.
Pengambilan pelajar ke Politeknik Port Dickson diadakan sebanyak dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Disember. Iklan permohonan akan disiarkan di dalam laman web http://www.politeknik.edu.my.
Calon hanya dibenarkan membuat satu permohonan sahaja bagi setiap sesi kemasukan. Setiap calon diberikan lima pilihan program untuk dipohon. Walau bagaimanapun calon dibenarkan untuk membuat semakan atau pindaan maklumat dari semasa ke semasa hingga tarikh tutup permohonan.
Segala maklumat yang diberikan semasa permohonan mestilah disemak dengan teliti. Segala maklumat akan dinilai dan memberi merit dalam penawaran kepada calon. Kesalahan maklumat yang diberikan boleh menyebabkan tawaran ditarik semula pada bila-bila masa walaupun calon telah mendaftar di Politeknik Port Dickson.
Calon dinasihatkan untuk memohon semula pada sesi berikutnya.
Rayuan hendaklah disalurkan terus ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Pemohon yang telah berjaya ditawarkan ke Politeknik Port Dickson dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk laporan X-Ray. Filem X-Ray tidak perlu dikemukakan semasa mendaftar.
Status kesihatan hendaklah disahkan oleh doktor dari hospital kerajaan atau hospital/klinik swasta. Segala pembayaran pemeriksaan kesihatan adalah ditanggung oleh pemohon.
Calon yang berjaya mestilah mencetak Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran melalui laman web politeknik. Calon hendaklah menghantar segala dokumen yang diperlukan ke Politeknik Port Dickson. Setelah Politeknik Port Dickson membuat semakan dan mendapati tiada percanggahan maklumat, surat tawaran rasmi beserta dengan dokumen pendaftaran akan diposkan kepada calon.
Kewangan (2)
Mengenai sumber bantuan kewangan pelajar.
Pihak politeknik tidak menyediakan bantuan kewangan/pembiayaan sepanjang pengajian di Politeknik Port Dickson. Walau bagaimanapun, PTPTN menawarkan pinjaman peringkat Diploma.
Disamping itu, pihak penaja seperti JPA, Yayasan Negeri dan lain-lain badan korporat sedia menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar Politeknik Port Dickson yang berkelayakan. Pihak Politeknik Port Dickson akan membantu dalam menguruskan permohonan pinjaman dan sebagainya.
Secara purata PTPTN menawarkan RM 5000 diperingkat Diploma. Walau bagaimanapun jumlah tawaran pinjaman bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkenaan.
Pembelajaran (3)
Mengenai pembelajaran di Politeknik Port Dickson.
Tempoh pengajian di Politeknik Port Dickson boleh dirujuk di sini: http://www.polipd.edu.my/content/kursus
Rayuan hendaklah disalurkan terus ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Program Artikulasi lulusan politeknik ke Institusi MTUN dan IPT disediakan kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Politeknik Port Dickson (2)
Mengenai Politeknik Port Dickson
Kapisiti asrama di Politeknik Port Dickson adalah terhad dan pengurusan Politeknik Port Dickson telah menetapkan golongan berikut akan diberi keutamaan iaitu:
- Pelajar semester satu
- Pelajar yang bergiat aktif dalam sukan dan kokurikulum
- Tiada rekod disiplin
Pihak Politeknik Port Dickson hanya menyediakan senarai nama tuan rumah yang berminat untuk menyewakan rumah mereka. Rundingan adalah antara tuan rumah dan pelajar sendiri. Pihak Politeknik Port Dickson tidak terlibat dalam rundingan tersebut. Namun kebajikan pelajar yang tinggal di rumah sewa adalah masih di bawah tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Lain-lain (1)
Anda boleh hubungi kami di talian 06-6622000
ATAU
Sebarang komen mengenai laman web Politeknik Port Dickson, emel ke: webmaster (at) polipd.edu.my
Sebarang kemusykilan atau komen mengenai Politeknik Port Dickson, emel ke: pro (at) polipd.edu.my
Sebarang urusan dengan pensyarah atau kakitangan tertentu, sila rujuk direktori kakitangan jabatan / unit masing-masing di laman web ini untuk alamat emel dan sambungan talian mereka.

