PENDAHULUAN

Tugas utama unit ini ialah menyelaras program latihan industri pelajar dan berhubung dengan firma serta jabatan-jabatan mengenai latihan praktikal pelajar. Penubuhan unit ini adalah bertujuan untuk mengatur dan mengendalikan permohonan tempat latihan, mengenal pasti tempat latihan yang sesuai, pemantauan latihan dan penilaian latihan industri ketika latihan. Unit ini diketuai oleh Puan Shahariah binti Mohd Salleh dengan dibantu oleh Penyelaras Latihan Industri di peringkat jabatan masing-masing.

Sehingga kini, terdapat lebih 2,200 buah syarikat di seluruh negara yang tersenarai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri.Sebagai salah satu syarat yang diwajibkan dalam sistem politeknik, setiap pelajar mesti menjalani latihan industri. Tempoh latihan ialah selama 20 minggu, dan pelajar dihantar menjalani latihan di pelbagai jenis firma dan jabatan di seluruh negara. Pihak Politeknik Port Dickson akan berusaha untuk menempatkan pelajar-pelajar di tempat latihan yang sesuai dan berdekatan dengan tempat tinggal pelajar dan yang boleh memberi manfaat kepada pelajar.

OBJEKTIF LATIHAN  INDUSTRI

Berikut adalah objektif-objektif latihan industri:

1. Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan.
2. Untuk menanam semangat kerjasama berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja

3. Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori kepada
  praktikal dan sebaliknya.

4. Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di
  dalam industri.

5. Untuk menanam sifat amanah dan tanggungjawab

6. Untuk membina keyakinan diri

7. Untuk menyediakan satu laporan rasmi selepas tamat latihan


PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI

 

Tempat latihan yang sesuai atau yang diingini oleh pelajar-pelajar adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti: 

i. Kesediaan firma atau jabatan menerima pelajar.
ii.
Kekosongan tempat latihan.

iii. Permintaan dari firma atau jabatan tertentu dan didapati sesuai.

Sebelum menjalani latihan industri pelajar akan diajar modul kemahiran latihan industri semasa berada di dalam semester dua (Pelajar Sijil dan DSK) dan semester empat (Pelajar Diploma).

 

Unit Perhubungan dan Latihan Industri PPD dianggotai oleh :

Ketua Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri
Pn. Shahariah Bt Mohd Salleh

Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri
1. Cik Lee Moi Fong
2. (Kosong)

Penyelaras LI Jabatan Kejuruteraan Awam

En. Sivanandan a/l Balakrishnan (Ketua)
En. Azlan Yahya
En. Mokhsen Ahmad
Pn. Tham Yew Chen
Pn. Ruslinda bt. Abdullah

Penyelaras LI Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Cik Lee Moi Fong (Ketua)
En. Raveendran a/l Ramasamy
Pn. Fadzlida binti Shamsuddin
En. Hairol Samsul bin Ithnin
Pn. Thiruchelve a/p Ramasamy
Cik Noraziah Bt Abu Bakar

Penyelaras LI Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
En. Lim Tian Pau (Ketua)
En. Izuan Dato’ Ishak
En. Hasrin Hussin
En Ramli Ngatniman
En. Mohd Radzuan Hairi Mat Din
Pn. Rosliza binti Hasan


Penyelaras LI Jabatan Perdagangan
Pn. Devaki a/p Kanapathi (Ketua)
Pn. Liza binti Mohd Salleh
Pn. Ku Ahmisuhaiti binti Ku Ahmad

Muat Turun
Pengesahan Tamat Latihan Industri Pelajar


Borang Latihan Industri Sesi Januari 2009

Borang Daftar Modul LI Sesi Januari 2009
Surat Permohonan Tempat LI untuk Sesi Januari 2009
Borang Jawapan dari Syarikat Sesi LI Januari 2009
Borang Biodata
Borang Resume

Borang Lepas Tanggung
Borang Penilaian Syarikat
Borang Pengesahan Tamat LI

Pelajar-pelajar yang tidak layak menjalani Latihan Industri Sesi Januari 2009
sila cetak surat tidak layak LI di sini


Semakan Keputusan Latihan Industri Sesi Januari 2008

 

Semakan
Penempatan LI JKA
Semakan
Penempatan LI JKE
Semakan
Penempatan LI JKM
Semakan
Penempatan LI JP


  ||Direktori Staf||   ||Kalender Akademik||   ||Pertanyaan / Aduan|| ||Galeri||  
 

PENAFIAN:Politeknik Port Dickson (POLIPD) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan
dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.


POLITEKNIK PORT DICKSON, KM. 14 JALAN PANTAI, 71050 SI RUSA, NEGERI SEMBILAN
TEL: 06-6622000 / 06-6622111 FAX: 06-6622026 / 06-6622027

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2007 - POLITEKNIK PORT DICKSON