Wednesday, 20.06.2012 4:53 PM
Anda Pelawat Ke :
KERAJAAN
MATEMATIK
GRAFIK
 
 
 
 
 

Jabatan ini yang pada mulanya dikenali dengan nama Unit Matematik dan Sains telah mula ditubuhkan pada tahun 1993. Sejajar dengan perkembangan peranannya, unit ini telah diubah menjadi Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.

Encik Mohd Redza Ma’amor adalah merupakan Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Pada bulan Jun 2002, Jabatan ini telah berpindah ke bangunan baru yang mempunyai kemudahan makmal komputer untuk kegunaan semua jabatan dan juga bilik server bagi pengurusan Bahagian Sistem Rangkaian Maklumat Politeknik.

Jabatan ini memainkan peranan penting dalam mengkoordinasi pengajaran Matematik Kejuruteraan, Sains Juruteknik dan Aplikasi Komputer dalam subjek yang berkaitan. Selaras dengan peranan itu maka semua penggunaan bilik kelas, makmal sains dan makmal komputer dikoordinasikan penggunaannya selaras dengan penggunaan yang lebih sistematik oleh setiap jabatan. Jabatan ini bertanggungjawab dalam penggunaan dan penjagaan makmal Komputer dan makmal Sains Juruteknik. 

Pada masa ini, Jabatan ini mempunyai kekuatan tenaga pengajar seramai 32 orang yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai disiplin seperti Matematik dan Sains, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam , Kejuruteraan Elektrikal dan Teknologi Maklumat dan dibantu juga oleh 2 orang pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan seorang dari Jabatan Kejuruteraan Awam

Mulai sesi Julai 2006, JMSK telah mula menjalankan KMK . Kumpulan ini menumpukan kepada modul B1004 dan pelajar-pelajar mengulang modul tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan pencapaian kelulusan bagi pelajar mengulang B1004 telah didapati meningkat.. Manakala sesi ini pula, 3 kumpulan telah ditubuhkan . Hasilnya hanya akan dapat dibuktikan selepas peperiksaan akhir sesi Jan 2007 nanti
Pada sesi Jan 2007, seramai 4091 orang pelajar telah mendaftar bagi kesemua modul-modul kod B.