Anda di siniTestimoni

Testimoni


"When the Going Gets Tough, the Tough Get Going"

Rameson Nallusamy

 

Nama: Rameson Nallusamy
Jurusan:Sijil Awam Pembinaan (SAP)
Konvo: Jun 2002

 

Greetings,

"When the Going Gets Tough, the Tough Get Going". My experience being in this institution was worthwhile. When I first got admission, I came with the mind set which was set by others that Polytechnic Education is secondary to STPM and et cetera. As time went by, I was motivated by the surrounding and the group of friends and as well as the system (the lecturers) to prove myself.

Politeknik Port Dickson  certainly helped in making me the person I am today. The environment, the skills taught and the high standard of examination questions/marking scheme for the Civil Engineering department amongst all the Polytechnics in the country resulted in a rather easy passage through tertiary education.

Even though the questions/marking scheme (a very tough one) was initially criticized for setting very high standards, but after all these years it makes sense. And the quote I opened the curtains were reflected in my 2 years of breezy life in Port Dickson.

Always had been proud of the institution.

Melahirkan tenaga kerja separa profesional

Esmawi Sham bin Shamsul Bohari

 

Nama: Esmawi Sham bin Shamsul Bohari
No. Pendaftaran : 06DKE08F1061
Jurusan: Diploma Kejuruteraan Elektronik

 

Assalamualaikum, dan salam satu Malaysia.

Taniah dan syabas saya ucapkan kepada Politeknik Port Dickson khasnya dan seluruh politeknik di Malaysia amnya kerana telah berjaya melahirkan graduan yang berkemahiran dari dahulu sehingga kini. Saya merupakan graduan lepasan politeknik dalam bidang elektronik. Kali pertama saya menjejakkan kaki ke politeknik, saya telah meletakkan harapan yang tinggi kerana saya yakin politeknik mampu melahirkan graduan yang berpontensi serta berkemahiran dalam mengisi kekosongan tenaga kerja tidak kira di sektor kerajaan mahupun swasta.

Politeknik juga merupakan institusi pengajian tinggi yang banyak menyumbang dalam membekalkan tenaga kerja separa profesional. Diharapkan selepas ini politeknik bukan lagi merupakan pilihan kedua bagi mereka yang ingin menyambung pelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi kerana, politeknik juga merupakan pusat pengajian yang menyeimbangi aspek teori serta amali. Hal ini dapat menjadikan graduan yang dihasilkan oleh politeknik lebih bernilai daripada IPT yang lain. Dikesempatan ini saya ingin mengucap jutaan terima kasih kepada semua warga politeknik yang banyak mengajar saya sepanjang saya berada di politeknik. Sekian,terima kasih.

Pelajar PPD Berpotensi Berjaya

norshazwana

 

Nama : Norshazwana binti Abdullah
No Pendaftaran : 06DKA06F558
Jurusan : Diploma Kejuruteraan Awam

 

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua.

Saya amat berbangga menjadi bekas mahasiswi Politeknik Port Dickson. Banyak input dan pengalaman berguna yang saya perolehi sepanjang menjadi pelajar PPD. Apa yang saya ingin tekankan di sini tentang pensyarah dan staf bimbingan yang berkualiti dan berpendidikan menghasilkan pelajar yang berketrampilan serta berjaya.  Selepas saya dianugerahkan Diploma Kejuruteraan Awam dengan mendapat Pingat Ketua Jabatan saya berasa diri saya berkualiti kerana peluang pekerjaan yang mudah saya peroleh apabila majikan tahu saya pelajar Politeknik Port Dickson. Saya juga menerima banyak panggilan temuduga di sektor swasta serta kerajaan tetapi saya memilih untuk melanjutkan pengajian saya ke tahap Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Apa yang mengembirakan dan membanggakan saya, majoriti bekas pelajar PPD mendapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan. Sebagai contoh diri saya sendiri pelajar tahun pertama fakulti kejuruteraan awam dan alam sekitar yang telah menerima anugerah dekan. Konklusinya, mahasiswa PPD memang berpotensi untuk mencapai kejayaan dalam akademik malah peluang pekerjaan juga mudah didapati.

Pembelajaran berpraktikal

Mohd Suhami Bin Ahmad

 

Nama : Mohd Suhami bin Ahmad
No. Pendaftaran : 06DAT05F064
Jurusan : Diploma Perakaunan

 

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Sebelum ini saya pernah mengandaikan bahawa Politeknik hanyalah untuk pelajar kelas kedua sahaja. Namun setelah membuat kajian, pendapat saudara-mara serta sahabat handai, barulah saya tahu bahawa Politeknik menawarkan kursus sijil atau diploma yang lebih hebat dari mana-mana universiti yang menawarkan peringkat dan kursus yang sama! Hal ini adalah kerana Politeknik meletakkan subjek latihan industri sebagai syarat wajib untuk berjaya mendapatkan sijil atau diploma. Aktiviti pembelajaran juga lebih melibatkan praktikal daripada teori. Kini Politeknik juga telah maju setapak lagi dengan menawarkan kursus Diploma Lanjutan yang setara dengan Ijazah. Percaya atau tidak, semasa saya menghadiri temuduga kerajaan persekutuan dahulu hampir 70% kesemua calonnnya adalah lepasan Politeknik. Alhamdulillah, saya adalah salah seorang daripadanya yang berjaya. Terima kasih Politeknik!

Kenangan manis di PPD

marziatulhikmah

 

Nama : Marziatulhikmah binti Maslan
No. Pendaftaran: 06DKA04F513
Jurusan : Diploma Kejuruteraan Awam

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pihak Politeknik Port Dickson kerana semakin maju dan dikenali ramai. Terima kasih juga kepada pihak pentadbiran kerana memberi peluang kepada kami bekas-bekas pelajar Politeknik Port Dickson untuk mencoretkan sepatah dua kata-kata di sini. Saya bersyukur kerana suatu ketika dahulu saya adalah salah seorang pelajar diploma (2004) di sini dan kini saya berada di tahun akhir di Universiti Malaysia Pahang. Terlalu banyak kenangan manis untuk dikongsi bersama teman-teman. Paling penting saya amat berbangga kerana sedikit demi sedikit politeknik akan dinaiktaraf. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar terutamanya PA saya En. Azmi Bin Abu Bakar kerana tanpa mereka tiadalah laluan ke arah kejayaan untuk saya. Sekian, Terima kasih.

Pelajar poli, pelajar berkualiti

atiqah

 

Nama : Nurul Atikah binti Mohd Roslan
No. Pendaftaran : 06DKA06F588
Jurusan : Diploma Kejuruteraan Awam

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama kali, jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua pensyarah dan kakitangan Politeknik Port Dickson kerana semua pengalaman yang tercoret takkan indah tanpa PPD. Alhamdulillah setelah menamatkan diploma di PPD, saya telah diterima untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia pada Julai 2010. Ini menunjukkan pelajar Politeknik mampu bangkit dan setaraf dengan pelajar IPTA yang lain. Saya amat besyukur dan berbangga kerana pernah menjadi warga PPD dan saya mendoakan kejayaan rakan-rakan seperjuangan dalam kehidupan menimba ilmu walau di mana sahaja. Semoga PPD semakin cemerlang, gemilang dan terbilang dan menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Salam.

Tenaga pelajar terlatih

 

Nama: Mohamad Azizi bin Mahzan
No Pendaftaran: 06PKA08F2054
Jurusan: Integrasi Diploma Kejuruteraan Awam

 

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Perit, manis, suka, duka, kegagalan dan kemenangan di POLITEKNIK PORT DICKSON tidak akan saya lupakan. Tenaga pengajar sungguh terlatih untuk mengajar pelajar-pelajar tidak kira usia dan bangsa. Amat berbangga mempunyai tenaga pengajar yang sedemikian rupa. Diharapkan POLITEKNIK PORT DICKSON terus membina empayar yang terunggul di persada pendidikan. Dan tidak lupa juga, penghormatan saya untuk En Samsudin, Pn Norsilan, En Ahmad Zaidi, En Sadli, Pn Isha Baizura, Pn Siti Balqis, En Mohamed b Saim, Pn Jothy Rany, Pn Roslina Abd Talib, dan semua pensyarah di JABATAN KEJURUTERAAN AWAM, POLITEKNIK PORT DICKSON yang pernah mendidik saya sebagai pelajar Integrasi Kejuruteraan Awam 09/10.