Anda di siniJabatan & Unit / Sokongan Akademik / Jabatan Hal Ehwal Pelajar / Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Jabatan Hal Ehwal Pelajar


PENGENALAN

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) memainkan peranan penting dalam pengurusan hal ehwal pelajar di Politeknik Port Dickson. JHEP terdiri daripada tiga unit utama iaitu Unit Pengambilan dan Data, Unit Kebajikan dan Disiplin dan Unit Pengesanan Graduan dan Alumni.  Jabatan Hal Ehwal Pelajar diterajui oleh seorang Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan dibantu oleh beberapa orang pegawai lain.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar berfungsi dalam menguruskan pengambilan dan pendaftaran pelajar, simpanan data dan rekod pelajar, kebajikan dan disiplin pelajar. Di samping itu, JHEP membantu pelajar menguruskan permohonan pinjaman dan biasiswa pendidikan. Moto Jabatan Hal Ehwal Pelajar ialah MESRA, CEKAP dan BERKESAN.

VISI

Menjadi pusat rujukan kemasukan dan pendaftaran pelajar serta pembangunan modal insan.

MISI

Mempromosi Politeknik Port Dickson dan menguruskan pendaftaran pelajar serta membangunkan modal insan menjadi modal intelek berketerampilan.

PIAGAM PELANGGAN

JHEP PPD komited memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan mesra pelanggan dalam perkara berikut :-

  • Menyebar luas maklumat kemasukan ke Politeknik Port Dickson.
  • Memastikan proses pengambilan pelajar mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan serta menyelesaikan pendaftaran pada hari pelajar datang mendaftar.
  • Menerap kemahiran insaniah melalui program pembangunan modal insan pelajar.
  • Memastikan kebajikan pelajar sentiasa diberi keutamaan.
  • Mengadakan sekurang-kurangnya satu sesi dialog setiap semester dengan kepimpinan  pelajar.
  • Mengambil tindakan terhadap setiap aduan dan memberi maklumbalas terhadap pertanyaan dalam tempoh lima hari bekerja.

Sebarang maklumat mengenai kemasukan dan permohonan ke Politeknik, sila layari laman web Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik : www.politeknik.edu.my