Anda di siniJabatan & Unit / Akademik / Jabatan Kejuruteraan Awam / Jabatan Kejuruteraan Awam

Jabatan Kejuruteraan Awam


PENGENALAN

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) telah ditubuhkan pada Jun 1990 dengan dibantu oleh 9 orang kakitangan sahaja. Ia telah ditadbir oleh Tuan Haji Mahmod bin Haji Basar selaku Ketua Jabatan yang pertama dengan mempunyai hanya 30 orang pelajar sahaja. Pada pengambilan yang pertama, pelajar hanya mengambil kursus Sijil Kejuruteraan Awam (Pembinaan). Melalui perancangan yang terancang, bilangan kelas, makmal dan bengkel serta pengambilan pelajar dalam kursus terus meningkat. Kini Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Port Dickson menawarkan kursus pada peringkat diploma bagi program kejuruteraan awam dan program seni bina.

Sehingga sesi Disember 2012, bilangan tenaga pengajar JKA ialah seramai 69 orang iaitu 21 untuk program seni bina dan 45 untuk program kejuruteraan awam.  Seterusnya bilangan pelajar yang aktif di kampus ialah seramai 1004 iaitu 653 untuk program kejuruteraan awam dan 351 untuk program seni bina. Usaha yang berterusan sentiasa dibuat oleh JKA untuk menjadikan jabatan ini salah sebuah pusat latihan yang efektif dan canggih yang mampu melahirkan juruteknik terlatih dalam bidang kejuruteraan awam serta seni bina. Ini terbukti dengan kejayaan para graduan pada pasaran pekerjaan sama ada dalam sektor awam meskipun swasta. Ini terbukti dengan kebolehpasaran pelajar dari JKA untuk lulusan Jun 2012 ialah 83.5%.  Statsitik kebolehpasaran pelajar ini adalah tertinggi berbanding dengan semua jabatan akademik yang lain di Politeknik Port Dickson.

JKA sentiasa berusaha membantu para pelajar lepasan sijil politeknik yang telah bekerja dengan mengambil Kursus Diploma Secara Sambilan (KSS) yang hanya dijalankan pada hujung minggu. Ini memberi peluang pada pelajar yang telah bekerja untuk mempertingkatkan lagi tahap pendidikan mereka. Buat masa ini JKA hanya menawarkan Kursus Diploma Secara Sambilan (KSS) untuk program seni bina.  Pada semester ini pelajar yang berdaftar di bawah ini ialah seramai 35 orang. Dibawah kepimpinan Cik Hajjah Azlin Ismail Effendi JKA telah menempa banyak kecemerlangan sepanjang tahun 2012 selaras dengan kehendak transformasi politeknik Malaysia. Di antara kejayaan yang dicapai oleh JKA pada tahun 2012 ialah seperti berikut.

 

  1. PELANCARAN KAJIAN ALAM WARISAN NEGERI SEMBILAN (KAWANS)
  2. PROGRAM LUKISAN DI ISTANA SERI MENANTI
  3. MALAYSIAN SAND SCULPTURE 2012
  4. MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA POLITEKNIK PORT DICKSON DAN GOLDEN STRAITS VILLA
  5. PELANCARAN PEMBINA
  6. EXPRESI GAZA 2012
  7. LAWATAN ISTN KE PROGRAM SENI BINA POLITEKNIK PORT DICKSON
  8. PADI  XXIV ARCHITECTURAL WORKSHOP
  9. PROGRAM ANAK ANGKAT SEMPENA PENYELIDIKAN UNTUK MODUL LUKISAN TERUKUR DI DAERAH REMBAU
  10. KOLABORASI PENYELIDIKAN DI ANTARA PROGRAM SENIBINA POLIPD DENGAN ISTN JAKARTA
  11. PROGRAM BERIADAH DAN BERSIHKAN PANTAI
  12. ABLUTION SYSTEM 2012


KEMUDAHAN MAKMAL

  • Makmal Komputer
  • Makmal Hidraulik dan Sumber Air
  • Makmal Auto-Cadd
  • Makmal Teknologi Konkrit
  • Makmal Kejuruteraan Jalan Raya
  • Makmal Mekanik Bahan dan Struktur
  • Makmal Mekanik Tanah


KEMUDAHAN LAIN

  • Bengkel Kerja Kayu
  • Bengkel Paip
  • Bengkel Kerja Bata
  • Studio Seni Bina
  • Bilik Pembentangan Seni Bina
  • Galeri Seni Bina
  • Bilik Kuliah


KURSUS YANG DITAWARKAN

  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Senibina


HUBUNGI KAMI:-
Pejabat: 06-662 2042
Ketua Jabatan: 06-662 2004
Email: jka@polipd.edu.my