Anda di siniJabatan & Unit / Akademik / Jabatan Kejuruteraan Mekanikal / Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal


Pengenalan

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah ditubuhkan pada bulan Jun 1990 dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 7 orang. Seramai 110 pelajar telah mengikuti dua sijil yang ditawarkan pada masa tersebut. Kursus yang ditawarkan pada masa itu ialah Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dan Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Automotif).

Selari dengan peredaran masa, penambahan telah berlaku dari segi bilangan bengkel dan makmal, kepelbagaian kursus dan pengambilan pelajar. Penambahan bilangan kursus, kelas dan makmal telah membolehkan peningkatan kadar pengambilan pelajar. JKM mempunyai kebanggaannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan jabatan-jabatan yang lain. Ia mempunyai pengambilan pelajar yang paling ramai. Pelajar-pelajar telah menunjukkan kesungguhan dalam penglibatan kurikulum dan ko-kurikulum.

Sebagai contoh pada Pertandingan Robocon 2005 dari 42 pasukan dari seluruh IPTA di Malaysia, hanya pasukan dari Politeknik Port Dickson sahaja dari seluruh politeknik dan kolej komuniti Malaysia yang layak untuk memasuki pusingan kalah mati yang melibatkan 16 pasukan. Kedua-dua robot automatik dan manual dari JKM telah terpilih untuk mewakili Politeknik Port Dickson ke pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada tenaga pengajar dan pensyarah yang terlibat di dalam penghasilan robot tersebut. Pensyarah dan pelajar Program Automotif JKM juga telah menyertai Perodua Eco Challenge buat kali pertama pada tahun 2011 dan akan menyertainya sekali lagi pada 13 – 15 Julai 2012 ini.

Selain dari itu selaras dengan kehendak MQA dan memenuhi sasaran KPI JKM juga sentiasa menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti :-

1. Interaksi Pensyarah Pelawat dari Industri dengan pelajar setiap program
2. Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (Kerjasama dengan Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan)

  • Kursus Jangka Pendek bersama masyarakat
  • Kursus Secara Sambilan
  • Kursus Terlanggan

3. Kolaborasi Aktif Dengan Industri dan Agensi    
4. Penyelidikan dan Inovasi oleh Pensyarah (Kerjasama dengan Unit Penyelidikan dan Inovasi)
5. Program Keusahawanan kepada pelajar (Kerjasama dengan Unit Keusahawanan)
6. Program Kebolehpasaran kepada pelajar (Kerjasama dengan Unit CISEC)
7. Latihan Staf (Kerjasama dengan Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan)

    Kemudahan Makmal Kemudahan Lain
    • Makmal Pengeluaran
    • Makmal Sains Bahan
    • Makmal Logi
    • Makmal Automasi/CAM
    • Makmal Haba dan Bendalir
    • Makmal Metallurgy dan Metrologi
    • Makmal CIM
    • Makmal AutoCAD
    • Makmal Prinsip Elektrik
    • Makmal Ukur Elektrik
    • Makmal Hidraulik
    • Makmal Instrumen
    • Makmal Mikropemproses
    • Makmal CADCAM
    • Makmal Robotik
    • Makmal Automasi
    • Makmal Plastik
    • Bengkel Automotif/Diesel
    • Bengkel Mesin
    • Bengkel Gegas
    • Bengkel Kimpalan
    • Bengkel Kepingan Logam
    • Bangunan Kelas

     

    Kursus yang ditawarkan

    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
    • Diploma Kejuruteraan Mekatronik
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

     

    Hubungi kami: 06 - 662 2044