Anda di siniJabatan & Unit / Akademik / Jabatan Matematik, Sains dan Komputer / Jabatan Matematik, Sains & Komputer

Jabatan Matematik, Sains & Komputer


Pengenalan

Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) yang pada mulanya dikenali dengan nama Unit Matematik dan Sains telah mula ditubuhkan pada tahun 1993.

Pada bulan Jun 2002, JMSK telah berpindah ke bangunan baru yang mempunyai kemudahan makmal komputer dan juga bilik server bagi pengurusan Sistem Rangkaian Maklumat Kampus Politeknik Port Dickson.

JMSK memainkan peranan penting dalam mengkoordinasi pengajaran Matematik Kejuruteraan, Sains Juruteknik dan Aplikasi Komputer bagi semua jabatan. JMSK juga dipertanggungjawabkan menyelaraskan penggunaan bilik kuliah, makmal sains dan makmal komputer supaya jadual penggunaannya lebih sistematik bagi semua jabatan.

Pada masa ini, JMSK mempunyai kekuatan tenaga pengajar seramai 31 orang yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai disiplin seperti Matematik dan Sains, Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Seni bina, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Elektrikal dan juga seorang pembantu makmal. Pada sesi Jan 2009, seramai 4174 orang pelajar telah mendaftar bagi kesemua kursus dibawah kelolaan JMSK.

Pada sesi Julai 2006, JMSK merupakan jabatan yang pertama telah menubuhkan Kumpulan Mutu Kerja di Politeknik Port Dickson. Kumpulan perintis ini menumpukan kepada punca-punca kegagalan kursus Sains Juruteknik. Bengkel teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan akhir dan penyediaan buku latih tubi telah dijalankan. Sasaran utama adalah pelajar-pelajar yang mengulang kursus tersebut. Selain daripada itu, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Analisa peperiksaan akhir bagi sesi tersebut telah menampak hasil kerana terdapat peningkatan peratus kelulusan bagi pelajar mengulang kursus tersebut. Sejak itu, beberapa KMK di JMSK telah ditubuhkan.

Kumpulan-kumpulan ini menumpukan pada kursus-kursus yang peratusan kelulusannya  rendah. Beberapa orang pensyarah JMSK juga telah menjalankan kursus KMK kepada kakitangan-kakitangan lain Politeknik Port Dickson. Ini bertujuan supaya banyak lagi KMK dapat ditubuhkan di Politeknik Port Dickson.

Pada sesi Januari 2009, banyak aktiviti-aktiviti PnP telah berjaya dijalankan dan telah mendapat sambutan oleh pelajar. Ceramah motivasi bertajuk “Katakan Tidak” telah diadakan bagi pelajar-pelajar yan mengulang kursus Matematik Kejuruteraan 1,  Matematik Kejuruteraan 2, Sains Juruteknik dan Aplikasi Komputer. Aktiviti-aktiviti lain seperti CSL Learning, Mentor-mentee, bengkel teknik menjawab soalan Ujian, Bengkel Imbas Semula dan lain-lain turut dijalanan. JMSK akan teruskan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi membantu pelajar-pelajar terutama sekali pelajar-pelajar yang lemah.

 

Kemudahan

  • Makmal ACAD 1 dan 2
  • Makmal Komputer Am 1
  • Makmal Komputer Am 2
  • Makmal Komputer Am 3
  • Makmal Komputer Am 4
  • Makmal Komputer Am 5
  • Makmal Sains Juruteknik 1 dan 2
  • Dewan Kuliah

 

Kursus yang ditawarkan

Matematik Kejuruteraan 1

Kursus ini memberi pendedahan algebra secara teori kepada pelajar khususnya bentuk piawai, indeks dan logaritma, geometri dan pengukuran, geometri koordinat dan graf. Kursus ini juga menerangkan konsep asas trigonometri dan penggunaannya dalam penyelesaian masalah.

Matematik Kejuruteraan 2

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang nombor kompleks yang menerangkan nombor nyata dan nombor khayalan. Kalkulus dan penggunaannya juga diketengahkan dalam kursus ini.

Matematik Kejuruteraan 3

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada konsep statistic dan penggunaannya dalam menginterpretasikan data. Penggangaran luas dan isipadu di bawah lengkungan yang tak sekata. Ia juga memperkenalkan penggunaan janjang dan konsep matriks asas bagi menyelesaikan persamaan serentak dengan menggunakan kaedah matriks songsang dan petua Cramer. Kaedah berangka membolehkan pelajar menyelesaikan persamaan serentak linear dan persamaan tak linear.

Matematik Kejuruteraan 4

Kursus ini merangkumi topik kembangan Binomial dan siri serta vektor, skala dan pecahan separa. Ia juga memperkenalkan topic Jelmaan Laplace dan penggunaannya dalam penyelesaian masalah kalkulus lanjutan. Tajuk geometri analikti juga dibincangkan.

Matematik Kejuruteraan 5

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada funsi hiperbola dan trigonometri songsang. Ia juga memperkenalkan kalkulus lanjutan untuk penguaasaan pembezaan dan pengamiran. Topik persamaan pembezaan dimasukkan untuk membantu pelajar memahami kaedah penyelesaian persamaan pembezaan.

Sains Juruteknik

Kursus ini member pengetahuan dan pendedahan mengenai konsep sains gunaan melalui pembelajaran teori dan amali supaya pelajar dapat mengaplikasikannya dalam bidang kejuruteraan.  Ia juga member penekanan kepada topic Unit dan Ukuran, Daya, pergerakan Linear, Kerja, Tenaga dan Kuasa, Pepejal dan Bendalir, Suhu dan haba dan Asas Elektrik.

Aplikasi Komputer

Kursus ini memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang beberapa jenis sistem computer dan aplikasi terutama sekali dalam perkasasan dan perisian. Ia juga mendedahkan pelajar kepada perisian pemprosesan perkataan, lembaran kerja, persembahan dan internet.

 

Hubungi kami: 06 - 662 2047

 

KMK Kaizenity

Portal Pendidikan Matematik