Anda di siniJabatan & Unit / Akademik / Jabatan Pengajian Am / Jabatan Pengajian Am

Jabatan Pengajian Am


Pengenalan

Jabatan Pengajian Am (JPA) yang mempunyai seramai 30 pensyarah. Jabatan ini terdiri daripada dua unit, iaitu Bahasa Inggeris dan Unit Pengajian Islam. Kedua-dua unit ini memainkan peranan masing-masing. Unit Bahasa Inggeris bertanggungjawab dalam subjek Bahasa Inggeris Teknikal untuk pelajar aliran teknikal dan Perdagangan untuk pelajar aliran perdagangan. Manakala Unit Pengajian Islam bertanggungjawab dalam tiga subjek iaitu, subjek Pengajian Islam, Tamadun Islam dan Pendidikan Moral untuk pelajar Islam dan bukan Islam.

 

Unit Bahasa Inggeris

Unit Bahasa Inggeris bertanggungjawab dalam subjek Bahasa Inggeris sepenuhnya di Politeknik Port Dickson. Dari semasa ke semasa, unit ini sentiasa menganjurkan kursus-kursus untuk para pensyarah dari semua jabatan, orang awam dan seminar-seminar serta pertandingan-pertandingan seperti pidato Bahasa Inggeris, karaoke, drama dan lain-lain lagi, khas untuk para pelajar bagi meningkatkan kualiti penggunaan Bahasa Inggeris, menekankan kepentingannya dan untuk mencabar penguasaan bahasa Inggeris mereka.

Disamping itu juga, unit ini turut menjalankan pendaftaran peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) untuk para pelajar dan turut bertanggunjawab untuk menyediakan pusat peperiksaan tersebut.

 

Unit Pengajian Islam

Unit Pengajian Islam bertanggungjawab dalam semua subjek keagamaan seperti Pengajian Islam, Tamadun Islam dan Pendidikan Moral. Pelajar Islam diwajibkan untuk mengambil subjek seperti Pengajian Islam serta Tamadun Islam dan pelajar bukan Islam turut diwajibkan untuk mengambil subjek Pendidikan Moral dan Tamadun Islam.

Seperti unit Bahasa Inggeris juga, unit ini juga aktif dalam menganjurkan program-program kerohanian dan kebajikan seperti Minggu Penghayatan Islam, Tilawah Al-Quran, seminar, ceramah dan lain-lain lagi untuk para pelajar.

 

Hubungi kami: 06 - 662 2046