Anda di siniJabatan & Unit / Sokongan Akademik / Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan / Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan

Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan


Fungsi utama Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan adalah menyelaras dan mengendalikan semua aktiviti bukan akademik sepanjang semester termasuklah aktiviti Polibriged yang melibatkan semua pelajar semester satu. Unit ini juga menguruskan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum bagi pelajar semester dua. Polibriged dan ko-kurikulum merupakan modul wajib bagi pelajar.

Objektif utama Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan ini ditubuhkan adalah mengkoordinasi semua aktiviti bukan akademik sepanjang semester. Objektif utama boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

Iktisas

  • Memberi kesempatan kepada pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus, kebolehan memimpin dan kebolehan melatih
  • Memberi pendedahan kepada aspek-aspek keusahawanan agar dapat mengembangkan minda, bakat dan potensi secara menyeluruh dan berketerampilan
  • Meningkatkan keupayaan dari segi kepimpinan

Kemasyarakatan

  • Sebagai persediaan masa depan pelajar mencebur diri dalam kegiatan kemasyarakatan
  • Menyedarkan serta menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial, kebudayaan dan khidmat masyarakat yang boleh membantu usaha mencapai matlamat perpaduan negara
  • Membantu dalam mewujudkan masyarakat yang demokratik, bermoral tinggi, sihat, berdisiplin, berdedikasi, di samping mempunyai sikap taat dan toleransi

 

Hubungi kami: 06 - 662 8358