Anda di siniPelajar / Kamsis / Kamsis

Kamsis


Kamsis PPD

Politeknik Port Dickson (PPD) menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar-pelajar yang belajar di sini. Antara kemudahan yang disediakan ialah kemudahan penginapan di kamsis PPD. Kamsis PPD tidak dapat menampung keseluruhan pelajar Politeknik Port Dickson. Kamsis PPD hanya mempunyai kapasiti untuk menampung seramai 1,580 jumlah pelajar sahaja. Sejumlah 692 tempat untuk pelajar Siswa (7 blok) dan 888 tempat untuk pelajar Siswi (9 blok). Sebahagian yang lain boleh menyewa di sekitar kampus.

 

Blok Kamsis

Di Politeknik Port Dickson terdapat 16 buah blok kediaman yang dapat menampung jumlah penghuni seramai 1580 orang. Di samping itu disediakan juga dua buah Kafeteria, Mini Koperasi, Pusat Siber, Pusat Islam, Surau Muslimah, Bilik Bacaan, Bilik Rehat dan Bilik Rekreasi.

Kamsis Siswi

BLOK PARAS JUMLAH
1 2 3
A 32 36 36 104
B 32 32 32 86
K 32 34 34 100
L 32 34 34 100
M 32 34 34 100
N 32 34 34 100
P 32 34 34 100
Q 32 34 34 100
R 32 34 34 100
JUMLAH 890

Kamsis Siswa

BLOK PARAS JUMLAH
1 2 3
C 22 32 32 86
D 32 36 36 102
E 32 36 36 104
F 32 36 36 104
G 28 32 32 92
H 26 36 36 98
J 32 36 36 104
JUMLAH 690

 

Kemudahan & Peralatan Asas Bilik

Politeknik Port Dickson menyediakan kemudahan dan peralatan asas di bilik-bilik kamsis. Kemudahan asas yang disediakan di bilik-bilik ialah katil, tilam, bantal, meja belajar, lampu, almari, langsir dan kipas. Sementara di setiap paras pelajar berkongsi bilik air dan tandas.

 

Kebajikan

Kebajikan para pelajar yang tinggal di kamsis sentiasa diawasi oleh pihak felo dan pihak pengurusan kamsis. Pelajar yang sakit dihantar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Pada waktu pejabat, ia diuruskan oleh penyelia dan dibantu oleh pemandu politeknik, manakala pada waktu luar pejabat pula, ia diuruskan oleh felo bertugas atau felo on-call.

 

Perlu diingat bahawa mendiami kamsis bukan merupakan hak mana-mana individu. Pihak berkuasa PPD berhak menawar atau tidak menawarkan kemudahan penginapan di kamsis kepada mana-mana pelajar. Pelajar yang jauh dan yang berdisiplin dan memberi kerjasama kepada pihak pengurusan kamsis akan diberi keutamaan untuk tinggal di kamsis.

Bagi maklumat lanjut berkenaan kamsis, boleh hubungi Unit Pengurusan Kamsis di talian 06-662 2032.