Anda di siniMengenai Kami / Logo / Logo

Logo


Logo PPD

LOGO KPM LOGO POLITEKNIK
  • Logo KPM ini direka menggunakan huruf 'Alif' sebagai konsep teras. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf 'Alif' itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran atau keyakinan.
  • Logo ini menggunakan dua 'P' dan dua 'Alif' melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Huruf 'P' yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia.
  • Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global.
  • Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.
  • 4 Bucu mewakili teras yang terkandung dalam Halatuju Transfomasi Politeknik dan juga 4 komponen utama dalam TVET iaitu Technical, Vocational, Education & Training.
  • Arah lengkungan ke atas melambangkan peningkatan kemahiran dan tahap kebolehpasaran pelajar serta peranan politeknik sebagai peneraju TVET.
  • Font yang digunakan bagi POLITEKNIK adalah Dodge Font yang berkonsep fituristik, melambangkan kesedian JPP dalam memandu organisasi ke arah kemajuan teknologi global. Font MALAYSIA menggunakan font Abeatby Kai bagi memperlihatkan elemen kemodenan. Cambria Bold pula di gunakan bagi perkataan PORT DICKSON. Rupa huruf jenis serif yang lebih normal digunakan bagi memperlihatkan kesungguhan Politeknik dalam melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing.
  • Warna merah melambangkan keberanian dan kegagahan. Warna hitam pula mewakili aspek profesionalisma.