Anda di siniMAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KETIGA BELAS (MAPPA XIII)

MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KETIGA BELAS (MAPPA XIII)


Oleh webmaster - Dipapar pada01 Mac 2013

MAPPA XIII

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) pada 11 Mac 2013 (Isnin) jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).  MAPPA XIII akan membawakan tema “Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020”.

Sedia maklum, MAPPA merupakan acara tahunan di mana YAB Perdana Menteri akan menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam dari pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan serta syarikat berkaitan kerajaan – government linked companies (GLC).  MAPPA XIII kali ini dijangka akan melibatkan kehadiran seramai 10,000 anggota perkhidmatan awam dari seluruh Malaysia berhimpun bagi mendengar amanat YAB Perdana Menteri.  Amanat YAB Perdana Menteri akan turut disiarkan secara langsung menerusi RTM saluran 1.

Tags