Anda di siniKakitangan / Kelab dan Persatuan / PUSPANITA / Objektif / Objektif PUSPANITA

Objektif PUSPANITA


  1. Merapatkan perhubungan muhibbah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita perkhidmatan awam di semua peringkat perkhidmatan
  2. Menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus
  3. Menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat
  4. Menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan
  5. Mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini
  6. Memiliki tanah, bengunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada Kerajaan, membeli. menyewa dan sebagainya
  7. Menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini, hasil dari penyertaan dalam mana-mana perniagaan, akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan ini akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli persatuan
  8. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini, dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada persatuan ini