Anda di siniPendaftaran Ahli AKRAB

Pendaftaran Ahli AKRAB


Oleh webmaster - Dipapar pada23 Julai 2012

Unit Psikologi dan Kerjaya (UPK), Politeknik Port Dickson akan menyelaraskan dan mengendalikan program AKRAB (Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam) bagi pegawai yang berkhidmat di agensi perkhidmatan awam bagi mempertingkatkan kecemerlangan diri pegawai. Program ini merangkumi aspek penilaian, pembangunan, bimbingan, khidmat nasihat, sokongan dan penambahbaikan kepada pegawai itu sendiri.

Bagi yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli AKRAB, bolehlah mencetak borang di ruangan borang UPK dan menghantar ke UPK, PPD.

Sebarang permasalahan bolehlah merujuk kepada Pegawai Psikologi, Nur Rebecca Qaleesya Michael di talian 06-662 2028.