Anda di siniPelajar / Kamsis / Peranan Felo Kamsis / Peranan Felo Kamsis

Peranan Felo Kamsis


Tugas rutin

  1. Bertanggungjawab terhadap Kebajikan dan Disiplin pelajar kamsis.
  2. Bertugas di Pejabat Felo jam 9.00 malam hingga 11.00 malam termasuk bertugas 'on-call' 24 jam mengikut jadual.
  3. Melakukan rondaan di bilik, paras dan blok serta persekitaran kamsis dan membuat laporan.
  4. Mengawalselia penghuni agar mematuhi peraturan kamsis dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas kes disiplin penghuni.
  5. Bersedia mengambil tindakan sewajarnya untuk mendapatkan rawatan bagi penghuni yang sakit.
  6. Mengambil tindakan segera dan sewajarnya terhadap kes-kes salah laku, kemalangan, kecemasan, kematian dan seeumpamanya.
  7. Merancang dan menjayakan semua aktiviti kamsis seperti gotong-royong, sukaneka, 'fire drill' dan lain-lain.
  8. Memantau dan memeriksa alat-alat pemadam api agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan sedia digunakan.
  9. Memantau keselamatan, ketenteraman dan kebersihan kamsis termasuk makan dan kebersihan di kafeteria.
  10. Memantau sejauhmana kerosakan yang telah dilaporkan diperbaiki dan diambil tindakan.
  11. Mengurus dan menyelaras proses pemilihan dan penempatan pelajar di kamsis.
  12. Memberi khidmat nasihat, bimbingan dan kaunseling kepada penghuni.
  13. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah dan Ketua Felo dari semasa ke semasa.

 

Jawatankuasa Disiplin Kamsis

Bertanggungjawab menyelaras aktiviti disiplin termasuk mengurus masalah disiplin pelajar dengan mengambil tindakan sewajarnya dan membuat laporan.

Jawatankuasa Keselamatan & Ketenteraman

  • Bertanggungjawab menyelaras aktiviti keselamatan termasuk latihan kebakaran.
  • Memantau keselamatan dan ketenteraman bangunan kamsis, peralatan dan penghuni.
  • Memantau alat pemadam api agar sentiasa baik.
  • Membuat laporan sewajarnya.

Jawatankuasa Sukan & Sukaneka

Bertanggungjawab menyelaras aktiviti sukan dan sukaneka kamsis.

Jawatankuasa Kebersihan & Keceriaan

  • Bertanggungjawab menyelaras aktiviti gotong-royong serta kempen kebersihan dan keceriaan.
  • Memantau kebersihan dan keceriaan persekitaran kamsis.
  • Memastikan setiap paras mempunyai jadual bertugas melalui felo blok.
  • Membuat laporan sewajarnya.

Jawatankuasa Kebajikan & Aktiviti Kerohanian

  • Bertanggungjawab menyelaras aktiviti pelajar di Pusat Islam dan perihal kebajikan pelajar kamsis.
  • Membuat laporan sewajarnya.