Anda di siniPROCYON bersaing hebat dalam PEC 2012
PROCYON bersaing hebat dalam PEC 2012
Setelah hampir 4 bulan bertungkus lumus siang dan malam, akhirnya kereta buatan Politeknik Port Dickson berenjin Perodua, "PROCYON" telah menduduki tempat ketiga bagi kategori "Time Attack", tempat kelima bagi kategori "Longer Distance" dan tempat keempat bagi kategori "Marketing" bagi Pertandingan Perodua Eco Challenge 2012 (PEC 2012) yang telah berlangsung di MIMC, Melaka pada 13 hingga 15 Julai 2012. Manakala, secara keseluruhannya, PPD mendapat tempat ketiga daripada 13 institusi pengajian tinggi yang bertanding. Tahniah diucapkan kepada pasukan Perodua Eco Challenge 2012 PPD!
Kedudukan keseluruhan PEC 2012:
- Politeknik Ungku Omar (PUO)
- Universiti Selangor (UNISEL)
- Politeknik Port Dickson (POLIPD)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Teknikal Malaysia (UTEM)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
- Universiti Kuala Lumpur Malaysia (UNIKL MSI)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Majlis Pelepasan pada 12 Julai 2012

Gerai yang telah dibuka bagi memenuhi kriteria "Marketing Challenge"

Procyon di atas litar

Pasukan PPD dengan kejuaraannya
Tempat ketiga kategori "Time Attack"
Tempat kelima kategori "Longest Distance"
Kedudukan keseluruhan (klik untuk besarkan)



