Program TSP / i-ULPL


Kursus Secara Sambilan (KSS)

Politeknik Port Dickson menawarkan 5 program untuk Kursus Secara Sambilan (KSS) iaitu kuliah pada hujung minggu.
Program yang ditawarkan ialah Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Senibina, Diploma Kejuruteraan Elektrik, Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Akauntasi.

Pengambilan sesi Dis 2012 telah dibuka. Kemasukan adalah secara point-of-entry (pindahan kredit) bagi lepasan Sijil Politeknik dan lepasan Sijil Komuniti hanya sehingga kemasukan sesi Disember 2014 sahaja.

IKLAN DAN SYARAT KELAYAKAN MASUK

SENARAI KURSUS DAN JUMLAH YURAN PENGAJIAN (RM11,000 - RM 15,000 / minima 12 sem)

 

Kursus Pendek

Politeknik Port Dickson menganjurkan Kursus Pendek. Kursus-kursus ini adalah anjuran bersama JKE, JMSK, JPA, JKA dan JP. Ia terbuka kepada orang awam dengan yuran (termasuk kos makan / minum sepanjang kursus dijalankan).


Kursus Terlanggan

Politeknik Port Dickson juga ada menyediakan kursus terlanggan iaitu kursus mengikut permintaan dan terbuka kepada semua sektor. Pelbagai kursus yang boleh dijalankan dengan bayaran yang kompetitif, fasiliti yang lengkap dan tenaga pengajar yang cukup berpengalaman.

 

>> Sila ke sini untuk permohonan dan maklumat lanjut <<