Anda di siniSeni Bina PPD cemerlang di PADI 2012!

Seni Bina PPD cemerlang di PADI 2012!


Oleh webmaster - Dipapar pada19 Julai 2012

PADI 2012Politeknik Port Dickson (PPD) telah menyertai PADI (Passive Active Design Intervention) iaitu program perhimpunan tahunan pelajar Seni Bina seluruh Malaysia yang telah berlangsung di Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, Universiti Putra Malaysia pada 8 hingga 13 Julai 2012. Perhimpunan ini mendapat pengiktirafan Persatuan Arkitek Malaysia (PAM).

Kontinjen Seni Bina PPD terdiri daripada 17 pelajar dan 2 pensyarah pengiring iaitu Pn. Zarith Sofia Abu Zahri dan Cik Siti Nur Yusra Yusof. Tiga pelajar Seni Bina PPD iaitu Firdaus, Mustaqim dan Asrol telah mendapat tempat KEDUA dalam kategori Reka Bentuk Kategori I bersama pelajar UCSI. PPD hanya tumpas kepada UTM dan menumbangkan penyertaan dari UM, UIA, UPM,  KLIUC, Lim Kok Wing, Alfa College, KKTM Kota Bharu, Geomatika College, Taylor College, PUO, POLISAS, PMM, PSIS, ITB Indonesia dan UNPAR Indonesia.

Persembahan digital mereka mendapat pujian dan mampu bersaing dengan produk dari universiti. Projek menaikkan nama Seni Bina PPD adalah seperti di bawah:

 

PADI 2012 Projek 1

 

PADI 2012 Projek 2

Tahniah diucapkan.