Anda di siniMengenai Kami / Ucapan Pengarah / Ucapan Pengarah

Ucapan Pengarah


Mejar (K) Haji Mohd Kharir b Mohd Ibrahim

 

 

 

Mejar (K) Haji Mohd Kharir Bin Mohd Ibrahim., DNS
Pengarah Politeknik Port Dickson
kharir@polipd.edu.my

 

 

VIDEO AMANAT PENGARAH 2013

 

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Selamat datang kepada pengunjung laman web Politeknik Port Dickson. Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada jawatankuasa laman web PPD kerana dapat menghasilkan laman web rasmi ini. Adalah diharapkan laman ini dapat dijadikan sebagai Portal Ilmu yang menyumbang kepada E-knowledge dan dapat di layari semudah mungkin.

Pelbagai inisiatif dalam bidang ICT telah diamalkan untuk memantapkan integriti serta kecekapan pengurusan awam dan tadbirurus yang baik seperti:-

  • Penggubalan undang-undang komunikasi, multimedia dan siber
  • Rejim perlesenan dan kawal selia yang telus
  • Infrastruktur institusi untuk menggalakkan penggunaan teknologi-teknologi baru yang sesuai

Penghasilan laman web yang menarik dan dikemaskinikan secara berterusan, saya pasti akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan dan kebolehpercayaan masyarakat/pelanggan kita terhadap ICT serta membolehkan negara maju dengan pantas ke arah ekonomi berlandaskan pengetahuan (K-based ekonomi).

Adalah menjadi harapan saya agar laman web Politeknik Port Dickson yang dibangunkan ini dikawal dan diselaras supaya integriti dan kecekapan dalam pengurusan awam tidak terjejas disebabkan oleh pembaziran, penindihan tugas dan kerja-kerja berulang. Melalui laman web ini, PPD boleh diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat di era teknologi maklumat dan segala maklumat penting boleh dicapai dengan tepat dan cepat melalui mel elektronik ataupun mesej.

Saya yakin saya boleh terus bergantung kepada komuniti PPD untuk bekerja sebagai satu pasukan serta sokongan yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menjadikan PPD sebagai salah satu "Institusi Pengajian Tinggi Bertaraf Dunia". InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak laman ini akan dikemaskinikan secara berterusan dan diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan pelajar dan pusat pengurusan pengetahuan. Sekian.

Terima Kasih.