Anda di siniJabatan & Unit / Sokongan Akademik / Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan / Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan

Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan


Pengenalan

Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) ditubuhkan pada tahun 1994. Unit ini dianggotai oleh 2 orang pegawai latihan dan dibantu oleh seorang pembantu tadbir. Penyelarasan semua aktiviti adalah dibantu oleh penyelaras-penyelaras dari enam pegawai dari Jabatan Akademik dan seorang dari unit pentadbian

Objektif bagi unit ini adalah :-

  • Merancang, menguruskan dan menjalankan program-program latihan staf secara dalaman dan luaran.
  • Membantu menyelaras, merancang, dan melaksanakan program-program anjuran Bahagian Latihan & Kerjaya (BLK) dan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
  • Menyelaras Program TSP (Time Sector Privatisation) bagi sektor awam ataupun swasta
  • Menyelaras Program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP)

Bertanggungjawab untuk merancang, menganjur serta melaksanakan pelbagai program pembangunan latihan staf untuk mengenalpasti serta meningkatkan kompetesi staf. Staf yang kompeten menjadikan organisasinya cemerlang. Ini adalah sejajar dengan objektif kecemerlangan staf iaitu menjalani kursus/latihan selama 7 hari/tahun

ULPL juga dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program dan aktiviti yang diarahkan oleh Bahagian Latihan Kerjaya sepanjang tahun. Mulai tahun 2007 program CPCM, PPK dan EEP telah dijalankan bagi peningkatan kompetensi staf.

 

Career Path Competencies Matrix (CPCM)

Program ini menyediakan modul-modul latihan menjurus kepada kompetensi-kompetensi generik dan pengurusan yang diperlukan oleh seseorang staf selaras dengan perkembangan kerjaya beliau. Sehubungan dengan itu, program CPCM ini akan menyediakan modul latihan yang bersesuaian dan akan diberikan kepada pensyarah dan staf di JPPKK.

 

Program Peningkatan Kemahiran (PPK)

Program dalam negara ini dirancang untuk memberi peluang lebih ramai tenaga pengajar di politeknik dan kolej komuniti menghadiri kursus berbentuk teknikal yang menjurus kepada peningkatan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di institusi. Selain melatih tenaga pengajar supaya berkebolehan dan berketerampilan dalam sesuatu bidang, program ini juga memberi pendedahan kepada teknologi baru serta menaiktaraf kekompetenan tenaga pengajar bagi membolehkan institut latihan awam mengeluarkan sumber tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri.

Politeknik Port Dickson pada masa ini melaksanakan 3 jenis program TSP iaitu

  1. Kursus Secara Sambilan (KSS)
  2. Kursus Jangka Pendek
    • MUET
    • Kursus dgn Jab Kerajaan
  3. Kursus Terlanggan (Customized Course).

ULPL diberi tangunggjawab mengendalikan program TSP dengan pihak luar atau industri. Ia berkonsepkan 'win-win situation' yang bermanafaat kepada pihak luar khasnya dan juga Politeknik amnya. Segala program Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) yang dijalankan adalah di luar waktu pejabat atau pun pada hujung minggu. Program TSP adalah sejajar dengan teras utama perlaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9 yang difokuskan kepada pembangunan modal insan yang berkualiti dan seimbang. Ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan yang mahu melihat kalangan IPTA yang lebih proaktif bagi meningkatkan kualiti dan reputasi dan antara usaha yang perlu dilakukan adalah membina hubungan strategik dengan pihak luar dan juga pihak industri. Tambahan pula teras ke 6 dari Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, yang menekankan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

 

Hubungi kami: 06 - 662 2017