Anda di siniJabatan & Unit / Sokongan Akademik / Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia / Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia

Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia


PENGENALAN
Unit Pembangunan Instuksional dan Multimedia (UPIM) merupakan sebuah unit sokongan akademik di Politeknik Port Dickson yang merupakan salah satu unit yang penting dalam menyediakan peralatan pengajaran dan pembelajaan (PnP). Ia juga memberikan kursus-kurus dan bantuan teknikal menggunakan peralatan PnP kepada tenaga pengajar di Politeknik Port Dickson.

VISI
Mewujudkan budaya mempergunakan dengan sebaiknya kemudahan multimedia dan teknologi  untuk meningkatkan kualiti pendidikan teknikal dalam pendidikan Malaysia di Politeknik.

MISI
•    Menggabungkan teknologi multimedia dengan pengajaran dan pembelajaran.
•    Membantu para pensyarah dalam menggunakan teknologi multimedia sekaligus menyediakan suasana pengajaran dan pebelajaran yang lebih berkesan.
•    Menaiktaraf sumber pengajaran & pembelajaran dengan bantuan multimedia.

 

PERANAN
UPIM juga menyediakan kemudahan audio, video, gambar dan grafik kepada kakitangan Politeknik Port Dickson untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti kurikulum juga program-program bermanfaat lain di dalam atau di luar kampus.

Unit ini juga bertanggung jawab untuk membuat liputan dan penyediaan serta bantuan teknikal audio visual majlis-majlis penting di  Politeknik Port Dickson seperti Majlis Konvokesyen, Sambutan Majlis Kemerdekaan dan sebagainya.

 

SENARAI KEMUDAHAN

 BIL
  KEMUDAHAN  KAPASITI
1  Tempahan Bilik Tayang  80 orang
2  Pinjaman Peralatan  Audio/Visual
3  Perkhidmatan Teknikal  Audio/Visual
4  Paparan Maklumat Rangkaian TV Poli  
5  Tempahan Rekaan Grafik  Banner/Banting/Backdrop
6  Penyenggaraan Peralatan  Audio/Visual
7  Perkhidmatan Salinan Bahan Multimedia  
8  Perkhidmatan Fotografi  
9  Mengumpul dan Mengarkib Bahan-bahan  Audio/Visual
10  Perkhidmatan Penerbitan  
11  Perkhidmatan Bimbingan Multimedia  

Kemudahan yang tersenarai boleh ditempah tiga hari awal dari hari kejadian melalui laman sesawang UIDM http://lmsppd.cidos.edu.my/course/view.php?id=700

LAMAN SESAWANG UIDM: -
http://lmsppd.cidos.edu.my/course/view.php?id=700
http://uidmppd.webstarts.com/

HUBUNGI KAMI:-
Pejabat: 06-662 2053/8977
Ketua Unit:06-662 2025
Email: UnitUIDM@polipd.edu.my