Anda di siniJabatan & Unit / Sokongan Akademik / Unit Pembangunan & Pengurusan Fasiliti / Unit Pembangunan & Pengurusan Fasiliti

Unit Pembangunan & Pengurusan Fasiliti


Pembangunan

Menerusi RMK-9, Politeknik mendapat sebuah bangunan yang dikenali sebagai ‘Industrial Technical Lab, CISC, Lodge serta Perpustakaan dengan kosnya RM3 Juta. Bangunan ini siap mengikut kontrak pada September 2009.

 

Penyenggaraan Bangunan

Kerja-kerja penyenggaraan dilakukan melalui aduan-aduan dari Ketua Jabatan, kakitangan Politeknik manakala aduan dari siswa dan siswi adalah melalui Pengetua dan Warden Asrama masing-masing.

Kerja-kerja penyelenggaraan bangunan meliputi membaiki kerosakan-kerosakan kecil di blok-blok  Pentadbiran, Asrama Siswa dan Siswi, Blok-blok kuliah, Pusat Islam, Dewan Kuliah Dewan Wawasan dan lain-lain blok berkaitan.

Jenis-jenis kerosakan adalah pelbagai. Kerosakan yang tidak boleh dibaiki oleh kakitangan unit ini akan dilakukan oleh kontraktor luar melalui sebutharga.

Unit ini juga menyelenggara kemudahan yang sedia ada di dalam mewujudkan suasana persekitaran yang lebih selesa kepada kakitangan dan warga kampus Politeknik ini.

 

Penyenggaraan Jalan

Kerja-kerja penyelenggaraan jalan termasuklah menampalkan lopak-lopak jalan yang merbahayakan kepada pengguna kenderaan warga kampus.

Papan tanda disediakan bagi tanda arah ke blok-blok yang berkaitan di dalam kampus. Mana-mana papan tanda yang telah rosak atau pudar warna akan diganti bagi tujuan memudahkan jarak penglihatan pemanduan warga kampus yang menggunakan kereta atau motorsikal yang lebih selamat.

Papan tanda juga disediakan bagi menghadkan kawasan letak kereta pensyarah dengan letak kereta pelajar.

Beberapa kawasan letak kereta yang baru untuk kakitangan juga telah disediakan bagi tujuan persekitaran kampus yang lebih tersusun.

 

Penyenggaraan Peralatan Mekanikal dan Elektrikal

Suasana yang lebih selesa di dalam pejabat atau bilik kuliah datangnya dari peralatan alat hawa dingin berpusat atau berasingan (split unit).

Peralatan-peralatan perlu diselenggara secara berkala bagi menentukan jangka hayat penggunaannya yang lebih panjang. Mana-mana kerosakan yang major yang tidak boleh dibaiki oleh kakitangan unit ini akan dibaiki oleh kontraktor luar.

Begitu juga penjanaan tenaga elektrik di dalam kampus adalah melalui pencawang letrik yang terdapat di dalam kampus ini. Terdapat tujuh buah pencawang elektrik (sub-stations) di dalam kampus ini. Manakala pada waktu malam lampu-lampu kawasan dapat menceriakan kampus Politeknik ini.

Ianya diselenggara oleh kakitangan yang berpengalaman di unit ini.

 

Hubungi kami: 06-662 2029