Anda di siniJabatan & Unit / Sokongan Akademik / Unit Pengurusan Kualiti / Unit Pengurusan Kualiti

Unit Pengurusan Kualiti


SISTEM PENGURUSAN KUALITI
POLITEKNIK PORT DICKSON

 

Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti

Politeknik Port Dickson melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti bagi proses Pemberian Latihan Separa Profesional di peringkat sijil dan diploma dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan bagi memenuhi visi dan misi penubuhan politeknik dan memenuhi kehendak negara yang berasaskan Piawaian MS ISO 9001 : 2000 yang kini setelah dipertingkatkan piawaiannya menjadi MS ISO 9001 : 2008.

 

Dasar Kualiti Politeknik Port Dickson adalah

  1. membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan.
  2. berusaha mencapai kepuasan pelanggan.
  3. memastikan keperluan ISO 9001 :2008 dipatuhi melalui sistem yang efisien.
  4. melaksanakan peningkatan sistem pengurusan secara berterusan.

 

Objektif Kualiti Politeknik Port Dickson

Kecemerlangan Akademik

  • kelulusan bagi setiap program sekurang-kurangnya 90% bagi setiap semester.
  • sekurang-kurangnya 25% daripada pelajar yang lulus mencapai PNM 3.00 atau lebih untuk setiap program bagi setiap semester.

Kecemerlangan Staf

  • setiap staf menghadiri kursus/menjalani latihan selama 7 hari setahun.
  • Jadual Perancangan Latihan Staf dilaksanakan sekurang-kurangnya 90% dalam tempoh setahun.

Kecemerlangan Proses

  • Semua prosedur dilaksanakan dan mencapai KPI yang ditetapkan.

 

Download :

 

Hubungi kami: 06-662 2072