Anda di siniJabatan & Unit / Unit Penyelidikan & Inovasi / Unit Penyelidikan & Inovasi

Unit Penyelidikan & Inovasi


PENGENALAN

Unit Penyelidikan & Inovasi, Politeknik Port Dickson (PPD) ditubuhkan bersesuaian dengan Teras Ketiga dalam Pelan Strategik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) iaitu melaksanakan polisi dan membangunkan penyelidikan, inovasi dan keusahawanan. Aktiviti-aktiviti untuk membudayakan inovasi di kalangan pelajar dan staf, menjalankan kajian, penubuhan kelab usahawan-usahawan serta membudayakan penyelidikan dan menerbitkan penulisan ilmiah merupakan antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh Unit ini.

Dengan tagline "Inovasi Pencetus Minda Kreatif", tertubuhnya Unit ini secara rasmi pada 8 Januari 2010, segala perancangan telah dibuat bagi tujuan memandu arah halatuju program serta aktiviti penyelidikan dan inovasi di PPD dan memberi peluang kepada pegawai-pegawai yang tersebut untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik dan berkesan lagi.

Namun aktiviti berkaitan Inovasi dan Penyelidikan telah pun bermula sejak tahun 2009 lagi. Aktiviti-aktiviti ini diselaras secara Zon, di mana semua politeknik yang berada di dalam Zon Selatan telah diamanahkan untuk menjalankan aktiviti bagi tujuan membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam proses P&P.

MATLAMAT

Matlamat Unit ini adalah untuk merencana, merancang aktiviti dan menggalakkan inovasi dikalangan pelajar dan staf, kajian, penyelidikan serta penerbitan penulisan di peringkat PPD khususnya. Proses pemantauan dan penetapan hala tuju proses penyelidikan serta penerbitan penulisan ilmiahnya boleh menjadi agenda utama Unit ini.

OBJEKTIF

Antara objektif Unit ini adalah:

  • Memastikan hala tuju proses penyelidikan di Institusi
  • Memastikan penerbitan penulisan ilmiah dijalankan
  • Mejalankan kursus-kursus berkaitan penyelidikan
  • Menggalakkan pembangunan dan perkembangan diri di kalangan staf dan juga pelajar
  • Menerapkan budaya inovasi dikalangan pelajar  
  • Melahirkan pensyarah/pelajar yang berinovasi
  • Menggalakkan pelajar menyertai pertandingan robot, perisian kejuruteraan dan juga animasi.
  • Menjalankan penyelidikan bagi keadah P&P yang lebih berinovasi
  • Menggalakkan pelajar-pelajar memiliki ciri-ciri keushawanan dan kemahiran mencipta
  • Menerapkan dan membudayakan ciri-ciri penyelidikan serta inovasi dan menanamkan nilai-nilai positif dalam diri pensyarah serta pelajar secara berterusan.

CARTA FUNGSI UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KEUSAHAWAN

  • Pengurusan dan penyelarasan program/aktiviti Unit Penyelidikan, Inovasi & Keusahawan
  • Perancangan dan penyelarasan budget aktiviti Unit Penyelidikan, Inovasi & Keusahawan
  • Pengurusan pengetahuan bagi Unit Penyelidikan, Inovasi & Keusahawan
  • Pembudayaan Inovasi, Penyelidikan & Keusahawan di kalangan warga Politeknik

Walaupun baru ditubuhnya secara rasminya pada tahun 2010, namun beberapa aktiviti telahpun dijalankan sejak tahun 2009 lagi oleh jawatankuasa sementara R&D.

KESIMPULAN

Komitmen pihak pengurusan dan kerjasama yang padu dari segi usaha dan sikap semua warga Politeknik Port Dickson untuk menerapkan budaya penyelidikan seterusnya membina warga PPD yang berpandangan jauh dalam era globasasi ini seterusnya melaksanakan dan menjayakan teras-teras dalam Pelan Strategi JPP, KPTM. Adalah diharapkan dengan penubuhan Unit R&D di PPD mampu melonjak nama PPD di arena pembangunan penyelidikan, penerbitan penulisan ilmiah serta menghasilkan teknik-teknik P&P yang berinovasi, pensyarah dan pelajar yang kreatif dalam rekacipta, animasi dan robot dan menggalakkan suasana bercirikan keusahawan.