Anda di siniJabatan & Unit / Akademik / Unit Peperiksaan / Unit Peperiksaan

Unit Peperiksaan


Pengenalan

Unit Peperiksaan Politeknik Port Dickson bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan dan dibantu oleh dua orang Pegawai Peperiksaan dan Penyelaras Peperiksaan Jabatan Akademik. Antara aktiviti utama yang dilaksanakan oleh Unit Peperiksaan adalah:

Penyediaan Kertas Peperiksaan

  • Penggubalan Soalan
  • Penyemakan oleh Panel Semakan Deraf Soalan
  • Penyemakan/Pembetulan/Komen oleh Panel Komen Deraf Soalan
  • Penilaian dan Pemilihan oleh Jawatankuasa Panel Penilai Item Bank Soalan

Pelaksanaan Peperiksaan Akhir

  • Dilaksanakan dalam tempoh dua minggu pada setiap hujung semester

Pemprosesan Keputusan Penilaian

  • Keputusan Penilaian akan diproses dalam tempoh dua minggu selepas semester pengajian berakhir dan akan dipamerkan di laman web Politeknik

Pengurusan Persijilan dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar

  • Pengeluaran Sijil/Diploma kepada pelajar setelah menamatkan pengajian dan mendapat pengesahan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPT
  • Pengeluaran Sijil Pingat Ketua Jabatan bagi pelajar yang mencapai Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) 3.50 dan ke atas pada semester akhir
  • Pengeluaran Sijil Senarai Ketua Jabatan bagi pelajar yang mencapai Purata Nilaian Mata (PNM) 3.50 dan ke atas pada semester semasa
  • Pengeluaran Sijil Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Ko-kurikulum
  • Pengeluaran Sijil Anugerah Pengarah Politeknik

Penguatkuasaan Peraturan Penilaian

  • Penguatkuasaan Peraturan Penilaian adalah tertakluk kepada “Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian” melibatkan perkara seperti melanggar arahan am peperiksaan, meniru, cubaan meniru dan memberi tiru, tidak layak dinilai kerana kehadiran kuliah kurang daripada 80% dan ketidakhadiran peperiksaan akhir

Pentadbiran

  • Pengeluaran transkrip pada pelajar yang telah menamatkan pengajian
  • Menguruskan gantian slip dan gantian sijil diploma yang hilang

 

Objektif Kualiti Proses Pengurusan Peperiksaan

  1. Menyiapkan kertas peperiksaan selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum peperiksaan akhir bermula.
  2. Menyiapkan keputusan penilaian dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester pengajian berakhir.
  3. Mengeluarkan transkrip kepada pelajar yang telah menamatkan pengajian dalam tempoh dua (2) minggu selepas Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma.
  4. Menyiapkan sijil / diploma bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum majlis konvokensyen.

 

Piagam Pelanggan

  1. Mengendalikan sebarang urusan  berkaitan dengan peperiksaan dalam tempoh dua (2) minggu selepas permohonan diterima.
  2. Memproses keputusan peperiksaan dalam masa dua (2) minggu selepas semester pengajian berakhir.
  3. Mengeluarkan sijil /diploma kepada lulusan berdasarkan ketetapan Lembaga Peperiksaan & Penganugerahan sijl /diploma.
  4. Menerima sebarang maklumbalas dari pelanggan dan memaklumkannya dalam tempoh empat belas (14) hari.

 

Hubungi kami: 06 - 662 2039