Anda di siniJabatan & Unit / Akademik / Unit Perhubungan dan Latihan Industri / Unit Perhubungan dan Latihan Industri

Unit Perhubungan dan Latihan Industri


Pengenalan

Tugas utama Unit Pehubungan dan Latihan Industri ialah menyelaras program latihan industri pelajar dan berhubung dengan firma serta jabatan-jabatan mengenai latihan praktikal pelajar. Penubuhan unit ini adalah bertujuan untuk mengatur dan mengendalikan permohonan tempat latihan, mengenal pasti tempat latihan yang sesuai, pemantauan latihan dan penilaian latihan industri ketika latihan. Unit ini dibantu oleh Penyelaras Latihan Industri di peringkat jabatan masing-masing.

Sehingga kini, terdapat lebih 2,200 buah syarikat di seluruh negara yang tersenarai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri. Sebagai salah satu syarat yang diwajibkan dalam sistem politeknik, setiap pelajar mesti menjalani latihan industri. Tempoh latihan ialah selama 20 minggu, dan pelajar dihantar menjalani latihan di pelbagai jenis firma dan jabatan di seluruh negara. Pihak Politeknik Port Dickson akan berusaha untuk menempatkan pelajar-pelajar di tempat latihan yang sesuai dan berdekatan dengan tempat tinggal pelajar dan yang boleh memberi manfaat kepada pelajar.

 

Objektif Latihan Industri

  1. Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan
  2. Menanam semangat kerjasama berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja
  3. Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori kepada praktikal dan sebaliknya
  4. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri
  5. Menanam sifat amanah dan tanggungjawab
  6. Membina keyakinan diri
  7. Menyediakan satu laporan rasmi selepas tamat latihan

 

Penempatan Latihan Industri

Tempat latihan yang sesuai atau yang diingini oleh pelajar-pelajar adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti:

  • Kesediaan firma atau jabatan menerima pelajar
  • Kekosongan tempat latihan
  • Permintaan dari firma atau jabatan tertentu dan didapati sesuai

Sebelum menjalani latihan industri pelajar akan diajar modul kemahiran latihan industri semasa berada dalam semester dua (Pelajar Sijil dan DSK) dan semester empat (Pelajar Diploma).

 

Hubungi kami: 06 - 662 2020 / 06 - 662 8817

 

Carta Alir Latihan Industri