Anda di siniJabatan & Unit / Sokongan Akademik / Unit Perpustakaan / Unit Perpustakaan

Unit Perpustakaan


Unit Perpustakaan ditubuhkan seiring dengan kewujudan Politeknik Port Dickson pada tahun 1990. Mula beroperasi pada tahun 1991.

 

Objektif Perpustakaan

  • Mengesan, memperolehi, memproses, mengumpul, menyimpan, mengurus menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran politeknik
  • Memberi perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menarik, memupuk, menanam minat membaca dan membudayakan ilmu di kalangan warga kampus
  • Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi

 

Visi

Membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan.

Misi

Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berilmu pengetahuan.

 

Falsafah

Prasarana berilmu sejajar teknologi terkini

 

Dasar Perpustakaan

Komited dalam menyediakan koleksi yang berkualiti serta perkhidmatan yang efisyen dan berhemah bagi memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan visi, misi dan objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

 

Strategi pelaksanaan

  • Memantapkan tenaga kerja perpustakaan yang kompeten dan berdaya maju
  • Memastikan keperluan dan kehendak pelanggan dipenuhi
  • Menyediakan koleksi dan perkhidmatan yang berkualiti
  • Mendukung proses pembelajaran dan pengajaran seiring dengan visi, misi dan objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

 

Piagam Pelanggan

  • Menyediakan perkhidmatan peminjaman, pemulangan atau pembaharuan koleksi dalam tempoh 1 minit
  • Memastikan perolehan koleksi yang berkualiti dan terkini mengikut kadar peruntukan yang diluluskan
  • Memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra untuk memenuhi kehendak pelanggan
  • Memastikan susun atur kelengkapan dan kekemasan koleksi yang sistematik bagi memudahkan dapatan kembali bahan perpustakaan

Dalam melaksanakan tugas ini kami bersedia menerima cadangan dan maklumbalas serta teguran bagi memastikan kepuasan pelanggan

 

Perkhidmatan yang Disediakan

  • Koleksi buku pinjaman
  • Koleksi buku pinjaman terhad
  • Koleksi buku rujukan
  • Koleksi majalah dan suratkhabar
  • Koleksi soalan-soalan peperiksaan
  • Terminal internet
  • Koleksi CD ROM
  • Pusat Sumber (untuk aktiviti pelajar)
  • Pusat fotostat (di bawah kelolaan Koperasi PPD Bhd)
  • Perkhidmatan Pencarian Katalog Berkomputer (OPAC)

 

Koleksi Perpustakaan

Koleksi Perpustakaan Politeknik Port Dickson secara umumnya merangkumi disiplin kejuruteraan, perdagangan dan bidang-bidang lain.

 

Hubungi kami: 06-662 2048

Laman Web