Anda di siniJabatan & Unit / Sokongan Akademik / Unit Psikologi & Kerjaya / Unit Psikologi & Kerjaya

Unit Psikologi & Kerjaya


Pengenalan

Unit Psikologi & Kerjaya (UPK) menyediakan pelbagai kemudahan yang dapat membantu pelajar menggunakan potensi yang ada ke tahap yang maksimum dan juga mewujudkan keadaan kesihatan mental yang baik di kalangan pelajar Politeknik Port Dickson. Pelajar boleh menemui Pegawai Psikologi Politeknik atau Penyelaras Psikologi jabatan masing-masing untuk berbincang dan berkongsi maklumat secara objektif tentang masalah pendidikan, akademik, vokasional dan teknikal, peribadi, emosi, mental, social dan kesihatan yang ada hubungan dengan pencapaian kejayaan di Politeknik.

Tujuan utama UPK untuk membantu pelajar memahami diri supaya mereka mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dan dapat dijadikan pedoman kepada penyelesaian masalah pada masa hadapan. Bagi tujuan mengukuhkan lagi perkembangan kemahiran-kemahiran berkomunikasi, berinteraksi, memimpin, mengurus dan mentadbir, aktiviti-aktiviti kelompok dijalankan dari semasa ke semasa.

Melalui pendekatan ini, diharapkan akan timbul suatu kesedaran yang positif dan sifat bertanggungjawab di kalangan pelajar. Mengenai kerjaya, pegawai psikologi akan membantu pelajar bagi mendapatkan maklumat-maklumat kerjaya dan mengaturkan sesi-sesi temuduga di dalam dan di luar politeknik khasnya bagi pelajar semester akhir. Sesi kaunseling juga dijalankan dalam bimbingan kerjaya ini. Pelajar digalakkan meneroka kebolehan diri mereka dan menggunakannya untuk kemajuan bidang kerjaya masing-masing.

 

Visi

Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berlandaskan prinsip-prinsip psikologi untuk klien yang terdiri daripada relajar Politeknik Port Dickson.

Misi

Berusaha untuk memberikan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang profesional bagi meningkatkan taraf psikologi klien melalui Program Pengembangan, Pencegahan Dan Pemulihan

 

Objektif Perkhidmatan

Di antara objektif dan matlamat perkhidmatan adalah :

  1. Memberi perkhidmatan penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar.
  2. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salahlaku seperti melanggar disiplin, penyalahgunaan dadah, merokok, memeras ugut, menyertai kumpulan samseng atau kumpulan haram serta tingkah laku anti sosial.
  3. Memberi perkhidmatan pemulihan (remedial), mengorientasikan semua pelajar bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya mampu menghadapi dan mengatasi masalah atau kecelaruan mereka.
  4. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.
  5. Memberi maklumat tentang peluang-peluang pendidikan.
  6. Memberi khidmat maklumat dan perancangan kerjaya pelajar.
  7. Membantu menjayakan usaha dan aktiviti perkembangan dan pembangunan politeknik.

 

Piagam Pelanggan

Kami akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang profesional bagi meningkatkan taraf psikologi klien melalui program pengembangan, pencegahan dan pemulihan.

  1. Setiap klien akan diberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang sewajarnya secara profesional di unit ini.
  2. Setiap klien akan diberi perkhidmatan sesi bimbingan, sesi kaunseling dan sesi konsultasi mengikut masa yang bersesuaian.
  3. Setiap klien akan diberi penerangan yang jelas mengenai perkhidmatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang ada.
  4. Setiap klien akan dilayan dengan mesra, bertimbang rasa, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  5. Setiap klien akan diberi jaminan bahawa kerahsiaan dirinya akan terpelihara semasa menerima perkhidmatan, segala maklumat mengenai konflik atau masalah dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan tertakluk kepada Akta 580 Dan Undang-Undang.
  6. Setiap klien yang memerlukan perkhidmatan khusus akan dirujuk kepada pihak pakar yang sewajarnya.

 

Perkhidmatan

  1. Perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok
  2. Perkhidmatan kaunseling kerjaya

 

Aktiviti

  • Sehari Bersama Unit Psikologi
  • Program Ice-Breaking
  • Kem Jati Diri
  • Lawatan Sambil Belajar
  • Seminar Kepimpinan
  • Career Talk
  • Temuduga & Seminar Kerjaya
  • Ceramah Motivasi

 

MANUSIA YANG BERAQAL IALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA DAN MEMINTA NASIHAT

 

Hubungi kami: 06 - 662 2028