Anda di siniJabatan & Unit / Sokongan Akademik / Unit Teknologi Maklumat / Unit Teknologi Maklumat

Unit Teknologi Maklumat


Politeknik Port Dickson adalah termasuk di dalam Projek Naiktaraf Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia sekitar tahun 2003 dan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Dunia. Projek ini dibahagikan kepada 2 peringkat. Peringkat pertama menelan belanja sebanyak RM8.5 juta, merangkumi bangunan sedia ada dan bangunan baru. Peringkat kedua bernilai RM1.3 juta meliputi kesemua bangunan yang dibina di bawah fasa ke 2 Skim Penaiktarafan Politeknik Port Dickson.

Unit Teknologi Maklumat bertanggungjawab menguruskan semua kemudahan Teknologi Maklumat di Politeknik Port Dickson. Unit ini bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hampir 1000 buah komputer dari aspek teknikal dan penyelenggaraan. Setiap makmal dibekalkan dengan perkhidmatan rangkaian. Kemudahan log masuk dan pengimpanan data disediakan pada domain child. Setiap pengguna makmal diperuntukkan ruang penyimpanan sebanyak 3GB.

Politeknik Port Dickson merupakan antara politeknik pelopor dalam penggunaan Polytechnic Management Information System (PMIS). Sistem ini merangkumi pendaftaran pelajar, pendaftaran modul, keputusan penilaian, latihan industri dan peperiksaan. Politeknik Port Dickson mula menggunakan PMIS ini sejak Julai 2004 sehingga sekarang. Penggunaan sistem secara interaktif telah mula dilaksanakan dengan wujudnya sistem-sistem seperti e-Daftar, e-Konvo, e-PA dan sebagainya bagi memudahkan proses yang terlibat.

Selain dari itu, Unit Teknologi Maklumat juga menyediakan perkhidmatan wi-fi poliPD kepada warga Politeknik Port Dickson yang terdiri daripada kakitangan akademik dan bukan akademik di beberapa lokasi sekitar kampus. Perkhidmatan ini juga telah diperluaskan kepada para pelajar sehingga ke kolej kediaman pelajar bagi memudahkan capaian internet. Proses pendaftaran WiFi boleh dirujuk di SINI.

 

Hubungi kami: 06 - 662 1585/2081/2022

FAQ (Untuk Kakitangan)