Anda di siniSoalan Lazim

Soalan Lazim


Kemasukan (3)

 

Sila rujuk laman web Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi semua maklumat berkenaan kemasukan ke politeknik.

 

Terdapat 13 Program di peringkat diploma dalam pelbagai bidang yang ditawarkan oleh Politeknik Port Dickson.

 

Mulai Sesi Jun 2010, Politeknik Port Dickson dan politeknik-politeknik seluruh Malaysia tidak lagi menawarkan program di peringkat sijil.

 

Kapisiti asrama di Politeknik Port Dickson adalah terhad dan pengurusan Politeknik Port Dickson telah menetapkan golongan berikut akan diberi keutamaan iaitu:

  • Pelajar semester satu
  • Pelajar yang bergiat aktif dalam sukan dan kokurikulum
  • Tiada rekod disiplin

 

 

Pihak Politeknik Port Dickson hanya menyediakan senarai nama tuan rumah yang berminat untuk menyewakan rumah mereka. Rundingan adalah antara tuan rumah dan pelajar sendiri. Pihak Politeknik Port Dickson tidak terlibat dalam rundingan tersebut. Namun kebajikan pelajar yang tinggal di rumah sewa adalah masih di bawah tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Lain-lain (1)

 

Anda boleh hubungi kami di talian 06-6622000

ATAU

Sebarang komen mengenai laman web Politeknik Port Dickson, emel ke: webmaster@polipd.edu.my

Sebarang kemusykilan atau komen mengenai Politeknik Port Dickson, emel ke: pro@polipd.edu.my

Sebarang urusan dengan pensyarah atau kakitangan tertentu, sila rujuk direktori kakitangan jabatan / unit masing-masing di laman web ini untuk alamat emel dan sambungan talian mereka.